Charles akhirnya menjadi raja

Anak sulung Ratu Elizabeth II, Charles, Putera Wales, akhirnya menjadi raja.

Tetapi, pada usia 73 tahun, fokus kepada pemerintahan dan usianya dijangka tertumpu kepada pengaruh monarki British yang semakin merosot di seluruh dunia.

Charles menghabiskan sebahagian besar usianya sebagai pewaris, dan mewarisi takhta sebagai pemerintah pada usia yang mana kebanyakan orang sudah bersara.



Elizabeth menjadi ratu pada usia 25 tahun ketika sokongan popular kepada Britain ketika negara sedang pulih daripada Perang Dunia II, namun khalayak sudah lama lama mempunyai pendapat – sama ada buruk atau baik – terhadap Charles.

Sejak kemangkatan bapanya, Putera Philip pada April 2021 dan masalah kesihatan dialami Elizabeth, Charles dilihat semakin menonjol bersama isterinya, Camilla, dan adiknya, Edward serta William dan isterinya, Kate.

Lahir pada 14 November 1948, Charles menjadi pewaris kepada takhta pada usia semuda tiga tahun tiga bulan.

Tugas rasmi pertamanya pada 1970-an dan sebagai pewaris, beliau berperanan untuk menyokong ibunya menjalankan tugas.



Charles menyambut tetamu asing bagi pihak ratu, menghadiri acara makan malam negara dan melakukan lawatan ke luar negara bagi pihak Elizabeth ke lebih 100 negara.

Dunia mengenalinya bukan saja kerana majlis perkahwinan gilang-gemilang dengan Lady Diana Spencer pada 1981, tetapi juga ketika beliau berpisah dan bercerai dengan Diana pada 1990-an.

Elizabeth pada 2022 mengakhiri spekulasi mengenai gelaran yang akan digunakan oleh Camilla, Duchess of Cornwall, iaitu isteri kedua Charles.

Secara teorinya, Camilla adalah raja permaisuri.



Tetapi, Camilla yang berkahwin dengan Charles dalam satu upacara sivil pada 2005, memilih untuk tidak menggunakan gelaran Princess of Wales, gelaran yang dikaitkan dengan Diana, yang meninggal dunia pada 1997.

Bagaimanapun, Elizabeth ketika ulang tahun pemerintahannya yang ke-70 berkata, baginda berharap supaya Camilla menjadi raja permaisuri apabila Charles menjadi raja.

Charles dijangka menggunakan nama rasmi sebagai Charles III, sekali gus menjadi raja pertama menggunakan nama itu untuk pemerintah British sejak 1685.

Persoalan mengenai nama rasminya akan terjawab apabila majlis khas akan bersidang pada hari kemangkatan pemerintah, yang anak mengisytiharkan Charles sebagai raja di Istana St James di London.



Upacara pertabalan dijangka diadakan dalam masa beberapa minggu lagi. HM

Charles akhirnya menjadi raja


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Lizzy bikin panas lagi

Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy



Pasangan kekasih ditemui mati dalam Perodua Kancil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker