Usah ulangi ‘skrip’ tarikh PRU14

BIARPUN kuasa mutlak pembubaran Parlimen di tangan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 43, namun Perdana Menteri boleh menasihatkan Agong mengikut Perkara 40

BUKANKAH politik itu momentum? Jika sudah ada bayangan untuk menang atau kalah, mengapa masih berlengah-lengah tidak diaturkan tarikh bubar Parlimen?

Memang suatu kerugian besar jika tidak cerdik membacanya, walhal petanda menang itu sudah ada di telapak tangan, Bukan sahaja UMNO, malah andai PKR, DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) atau waima Pas sekali pun jika merasai momentum sudah berpihak kepada mereka, pasti tidak akan melepaskan peluang terbuka itu.

Sayangnya, UMNO hari ini buat pertama kali dalam sejarah penubuhannya menyaksikan Presiden parti bukanlah seorang Perdana Menteri. Sungguhpun begitu, soal memutuskan bubar Parlimen mudah sahaja andai perkara itu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Soal sama ada hendak memperkenan, itu kuasa Seri Paduka tetapi pokok persoalannya, adakah hasrat itu mahu dibawa ke Istana Negara? Bukan sahaja hasrat, bebayang atau keinginan ke arah itu belum ada petanda langsung daripada Perdana Menteri.

Selaku Naib Presiden parti, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah menyatakan tidak kurang lima kali pasal tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Pertama kali selepas Barisan Nasional (BN) menang besar Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac lalu.

“Kerajaan tidak akan terburu-buru melakukannya. PRU15 hanya akan diadakan setelah BN bersedia sepenuhnya,” katanya.

Kali kedua pula, Mei lalu semasa bercakap dengan akhbar Nikkei berpangkalan di Jepun di luar persidangan Nikkei’s Future of Asia di Tokyo.

“Kita kini menghadapi tempoh inflasi yang meningkat dengan harga (barangan) yang tinggi. Adakah anda fikir ini masa yang sesuai (untuk pilihan raya)?”

Awal Jun lalu, Ismail Sabri mempertegaskan lagi kenyataannya itu di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) selepas konvensyen BN, “Kalau BN sudah bersiap sedia, saya tak akan melewatkan sesaat pun PRU15 seperti dipersetujui sebelum ini dalam Perhimpunan Agung UMNO lalu. PRU15 akan dibincangkan bersama lima pimpinan tertinggi.

Namun, beberapa hari menjelang genap setahun pentadbiran Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, 21 Ogos lalu, ketika ditanya media, beliau menyatakan banyak pertimbangan perlu dilakukannya sebelum buat keputusan.

Tetapi pada masa sama, nada Ismail Sabri turut berbeza menyatakan pula, “Jadi kalau kita tunggu, ekonomi semakin teruk, mungkin tak sesuai pilihan raya masa ekonomi tengah teruk.

Mungkin kena cepat, jadi akhirnya, kesimpulannya, pilihan raya akan diadakan sama ada tahun ini atau tahun depan.”

Biarpun dalam konvensyen BN, rata-rata kepimpinan UMNO sudah bersiap sedia masuk gelanggang PRU15, kata putus muktamadnya tetap pada Perdana Menteri. Meskipun bilik perang UMNO dan Jalinan Rakyat (JR) difahamkan sudah bersiap awal lagi selepas menang besar di Melaka dan Johor tempoh hari, soalnya bila tarikh PRU15?

1MALAYSIA

Bak orang cakap, penentuan masa yang tepat penting dalam merencanakan tarikh PRU15. Kalau nak pakai hujah daya saing ekonomi dengan ‘kedatangan angka inflasi yang tidak menentu’, tidak ketahuan dalam tempoh dua, tiga bulan akan selesai isunya.

Bila ada momentum, sepatutnya disegerakan. Ini tidak. Dalam apa jua persaingan, ‘bila lawan tampak lemah, belum bersatu, ketika itulah serangan dilakukan.’

Jika diperkatakan dari segi persediaan, alasan dikatakan belum bersedia kerana PRN bukan semacam PRU. Tapi tempoh hari, 9 Mei 2018 lagi cermat dan rapi persediaan dilakukan.

Macam-macam kerajaan waktu itu buat untuk rakyat. Dry run dan retreat berulang kali. Puluhan program 1Malaysia diperkenalkan. Malangnya momentum itu tidak ada. Bila nak kalah, kalah juga.

Walau sehebat mana pun sesebuah kerajaan, pilihan raya adalah penentu nyawa sama ada berakhir atau kelangsungan untuk terus memimpin dan memerintah. Apatah lagi kerajaan sekarang yang tidak kukuh, ditegakkan dengan satu atau dua kerusi sahaja.

Kembalinya UMNO sebagai parti yang utuh hari ini kerana ahli-ahlinya sudah set-mind pada hari pertama selepas kekalahan besar menjadi pembangkang yang dinamik. Malah menjadi semak dan imbang yang kritis. Yang diperlukan UMNO ialah orang parti yang setia, biarpun secara fakta sebilangannya sudah menyeberang.

Apa pun, UMNO akan terus diburu selagi PRU15 belum terjadi.

Kini, segala mata, bukan sahaja orang politik waima rakyat tertumpu pada Ismail Sabri. Kuasa dan senjata besar membubarkan Parlimen di tangan Perdana Menteri.

Dan adakah seorang Perdana Menteri perlu meminta persetujuan daripada parti tertentu, waima terbesar pun dalam Kabinet untuk menentukan tarikh pembubaran Parlimen? Tidak, itu pilihan Perdana Menteri sahaja.

Biarpun kuasa mutlak pembubaran Parlimen di tangan Yang di-Pertuan Agong (Perkara 43), namun Perdana Menteri boleh menasihatkan Seri Paduka (Perkara 40).

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah memberi isyarat bahawa BN akan berdepan ‘risiko besar’ jika (PRU15) ditangguhkan untuk tempoh lebih lama.

“Bilakah pilihan raya (PRU15)? Saya tak pasti. Tetapi saya nak kongsikan perkara ini untuk pertama kali … saya nak mengaku kita (sepatutnya) buat PRU14 selepas Sukan SEA (2017).

“Jika kita adakan PRU selepas itu, barangkali BN menang besar tetapi desakan pihak tertentu kita tangguh. Bila tangguh keadaan berubah,” katanya.

UMNO/BN jangan ulangi kesilapan ini lagi. Tapi nampaknya Perdana Menteri masih main skrip sama. Jangan pisang berbuah dua kali.

Menanti detik bila PRU15, dendangan lagu mendiang Arie Wibowo pada 1980-an mungkin menjadi persoalan besar dan tanda tanya berlegar di fikiran sebahagian akar umbi UMNO yang amat percaya Oktober atau November ini adalah waktu terbaik untuk ibu segala pilihan raya itu.

Madu di tangan kananmu,
Racun di tangan kirimu,
Aku tak tahu mana yang akan kau berikan padaku.

DATUK Dr. Ahmad Faris Abdul Halim ialah penganalisis isu-isu semasa.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Dah bagi Signal Pun Kena Tendang (Video)

Saya tak sekeji dakwaan Puteri Balqis

Ayda Jebat kahwin kerana harta Nabil?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker