Nada Rafizi Mengenai Terowong Berbeza Dengan Kapal LCS

Oleh Tun Teja

PENDAKWAAN terpilih yang dibuat oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini terhadap pemimpin-pemimpin UMNO sedang dipersoalkan oleh rakyat. Tindakan Tommy Thomas menggugurkan 15 kes mudah pemimpin PH turut mengundang tanda tanya. Isu yang cuba dimanipulasi PH juga tidak lagi mendapat perhatian rakyat.

Kemunculan semula Rafizi Ramli dalam arena politik tanahair setelah kes beliau digugurkan kerajaan PH sebenarnya membuatkan rakyat meluat. Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu akan berkata apa sahaja untuk memusnahkan BN dan UMNO.

Rafizi berikrar untuk mendedahkan skandal kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) namun nada beliau berlainan pula apabila membuat kenyataan berkenaan skandal Terowong Dasar Laut Lim Guan Eng.

Hakikatnya kapal LCS itu wujud tetapi belum siap dan pembinaan badannya dilakukan BNS sementara komponen lain dibekalkan oleh pengeluar daripada negara berlainan.

Terowonng Dasar Laut Lim Guan Eng pula sehingga ke hari ini ghaib namun tidak pula Rafizi bersungguh-sungguh berikrar untuk mendedahkan skandal tersebut. Rafizi ‘bising’ apabila projek LCS lewat, tetapi terowong ghaib senyap.

Sebelum ini Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mencabar Rafizi supaya segera membongkarkan penyelewengan projek terowong Pulau Pinang yang melibatkan Lim Guan Eng.

Rafizi dilihat tidak pernah terfikir untuk membongkar skandal tersebut memandangkan beliau minta diberi tempoh seminggu untuk menjawab cabaran Puad Zarkashi tersebut.

Persoalannya kenapa Rafizi tidak pernah mahu membongkar skandal Terowong Lim Guan Eng sebelum ini sedangkan skandal tersebut melibatkan Projek terowong sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai, adalah termasuk di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).

PTMP ialah projek inisiatif kerajaan negeri dengan kos dianggarkan RM46 bilion, merangkumi terowong dasar laut menghubungkan bahagian pulau ke tanah besar, lebuh raya, LRT, monorel serta rangkaian laluan bas secara menyeluruh di bahagian pulau dan tanah besar.

Ini bukan skandal biasa-biasa tetapi Rafizi tidak pernah mahu membongkarnya memandangkan skandal tersebut melibatkan pemimpin PH. Beliau hanya berminat untuk berkata apa sahaja untuk memusnahkan BN dan UMNO.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker