Aktivis LGBT Iran dijatuhi hukuman mati

Aktivis LGBT Iran dijatuhi hukuman mati

TEHRAN – Mahkamah di Iran menjatuhi hukuman mati ke atas dua rakyat negara itu termasuk seorang aktivis lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) kerana terlibat dengan jenayah pemerdagangan manusia, lapor stesen penyiaran CNN kelmarin.

Zahra Sedighi-Hamadani disifatkan oleh pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International (AI) awal tahun ini sebagai individu yang tidak mematuhi jantina.

Dia merupakan aktivis LGBT yang ditahan pihak berkuasa kerana orientasi seksual dan identiti jantina serta beberapa catatan media sosial dan kenyataan yang mempertahankan hak golongan tersebut.

Tertuduh berikutnya, Elham Chobdar juga didakwa dan disabitkan sebahagian daripada kes yang sama dan dijatuhi hukuman mati, lapor media negara Iran.

Kedua-dua mereka dituduh memerdagangkan wanita muda di Wilayah Azerbaijan Barat dan beberapa bahagian lain yang tidak dinamakan di negara itu, demikian menurut laporan agensi berita IRNA.

AI yang terkejut dengan hukuman itu menggesa pihak berkuasa Iran untuk membatalkan sabitan dan hukuman mati serta membebaskan Sedighi-Hamadani serta Chobdar. Rayuan bagi hukuman itu dilakukan di Mahkamah Agung Iran.

Menurut AI, Sedighi-Hamadani yang juga menggunakan nama Sareh, pertama kali ditahan pada Oktober 2021 di Erbil, Iraq berhubung penampilannya dalam dokumentari Badan Penyiaran British (BBC) dengan bercakap mengenai penindasan komuniti LGBT di rantau itu.

Selepas dibebaskan di Iraq, dia cuba menyeberang ke Turkiye dari Iran untuk mendapatkan suaka.

Pada November lalu, Pertubuhan Perisikan Pengawal Resolusi berkata, seorang ‘pemimpin’ pemerdagangan manusia ditangkap setelah terlibat dalam penyeludupan gadis dan wanita Iran ke negara jiran dan memperdaya mereka kepada kumpulan homoseksual di bawah ‘perlindungan agensi perisikan asing’.

AI percaya bahawa kenyataan itu merujuk kepada Sedighi-Hamadani dan menyebut dakwaan tersebut adalah ‘palsu dan tidak berasas’. K Online

Aktivis LGBT Iran dijatuhi hukuman mati


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Lizzy bikin panas lagi

Dah halau dari Rembau, jangan halau dari KKM pula – Khairy

Pasangan kekasih ditemui mati dalam Perodua Kancil

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker