Doktor mata dibebaskan dari sabitan kes tanam pokok ganja
Doktor mata dibebaskan dari sabitan kes tanam pokok ganja
Mahkamah Tinggi Tawau mengenepikan hukuman penjara 30 tahun terhadap pakar mata kerana menanam 12 pokok ganja di perkarangan rumahnya dua tahun lalu.
Hakim Lim Hock Leng berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan Azril Surash Masree Samy mempunyai pengetahuan bahawa tumbuhan yang ditanam itu dilarang di sisi undang-undang.
Lim berkata, alasan bertulis mengapa beliau membenarkan rayuan Azril akan diberikan kemudian.
Azril, 45, didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Mega Ria, Tawau, pada 3 Ogos 2020.
Timbalan Pendakwa Raya Hurman Hussain mewakili pihak pendakwaan manakala Surash diwakili Mark Rosaidey Amin Jaafar dan Nazreen Jaafar Abdullah Jaafar.
Pada 27 Jan, Hakim Mahkamah Sesyen Kerisnada Mahmud menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup maksimum 30 tahun kepada Surash selepas mendapati pihak pendakwaan telah membuktikan kesnya di luar keraguan munasabah.
Mahkamah Sesyen turut memerintahkan Surash disebat enam kali, jumlah minimum yang dibenarkan di bawah undang-undang. Azril kemudiannya memfailkan rayuan. FMT
Doktor mata dibebaskan dari sabitan kes tanam pokok ganja
Baca Artikel Menarik:
- Dakwaan gangguan seksual Puteri Balqis disiasat polis
- Rumah hantu pandu lalu, mesti cuba (Video)
- Ajak UMNO kerjasama dengan Pas, bukti pro Bersatu tersepit
- EP Blueshark dapat kelulusan JPJ
- KJ atau Tok Mat, pengundi Rembau tetap undi BN
- Berjumpa abang kandung selepas 58 tahun terpisah
- Netizen Dakwa Nora Danish Kantoi Edit Gambar Bagi Pinggang Nampak Lentik
- Demi cinta, jarak usia 21 tahun bukan penghalang
- Penoreh getah jadi bapa ayam ‘jual’ janda Indonesia
- Video atlet berjalan dalam air secara terbalik raih 54 juta tontonan
- Duda, janda didakwa bergaduh, lempar tahi ayam
- Bomoh Rusia Mengaku Tak Mampu Sihir Orang Islam Yang Jaga Solat
- Takiyuddin mesti minta maaf kepada UMNO Kedah – Shaiful Hazizy
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual
You must be logged in to post a comment.