Tipu, menyamar setiausaha sulit TMP, ahli perniagaan mengaku tak salah

Tipu, menyamar setiausaha sulit TMP, ahli perniagaan mengaku tak salah

Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan cuba menipu dengan menyamar sebagai setiausaha sulit Tengku Mahkota Pahang (TMP), dua tahun lalu.

Redzuan Zainuddin, 40, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nadia Othman.



Redzuan didakwa cuba menipu pemangku ketua pegawai eksekutif (CEO) anak syarikat sebuah bank, Abd Samad Khalid, 58, dengan menyamar dan mempercayai bahawa tertuduh sebagai setiausaha sulit kepada Tengku Mahkota Pahang/Pemangku Raja Pahang sehingga mendorong mangsa supaya melantik tertuduh sebagai ahli pemegang amanah Yayasan Bank Rakyat.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat, Brickfields di sini, pada 2.14 petang, 27 Mac 2020, mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pegawai Pendakwa Nom Phot Prackdit menawarkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh manakala peguam Ramalinggam yang mewakili Redzuan memohon jaminan paling minimum dengan alasan anak guamnya sudah berkahwin dan mempunyai lapan anak.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Okt untuk sebutan semula kes. FMT



Tipu, menyamar setiausaha sulit TMP, ahli perniagaan mengaku tak salah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ibu Puteri Balqis Bongkar Sikap Jahat Bekas Suami (Video)



Bapa Puteri Balqis lapor polis isu gangguan seksual

Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker