Duda, janda didakwa bergaduh, lempar tahi ayam

Duda, janda didakwa bergaduh, lempar tahi ayam

MELAKA: Seorang lelaki dan bekas isterinya didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh hari ini atas tuduhan bergaduh di hadapan rumah mereka dekat Semabok di sini, pada Mac lalu.

Tertuduh, Leow Hok Kee, 75, mengaku bersalah sejurus dibacakan pada prosiding di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh, namun bekas isterinya, Soon Siew Eng, 69, meminta dibicarakan.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa melakukan gaduh gempar dengan menjerit dan bertengkar, bergelut bersama-sama memegang besi serta membaling plastik berisi cecair busuk dan menyiram baja tahi ayam ke badan di pekarangan rumah di Batu 3 Bukit Godek, Semabok, dekat sini pada 6 Mac lalu, kira-kira jam 5.50 petang.

Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan mereka boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Sementara itu, Hok Kee turut didakwa atas pertuduhan berasingan iaitu mengaibkan kehormatan dengan menunjukkan punggung kepada anak perempuannya berusia 44 tahun,di rumah mereka di Bukit Godek, Semabok pada 8 Januari 2018, kira-kira jam 7.40 pagi.

Bagi kesalahan itu dia dituduh mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Fikri Hakim Zamri, manakala tertuduh masing-masing diwakili peguam Vinson Tay dan Goh Chin Han.

Terdahulu, pendakwaan menawarkan jaminan RM5,000 bagi Hok Kee yang menghadapi masalah pendengaran bagi kedua-dua pertuduhan dan RM2,000 bagi Lay Hoon.

Peguam Vinson merayu jumlah itu dikurangkan atas alasan anak guamnya tidak bekerja dan diisytiharkan bankrap, selain sudah bercerai dengan tertuduh kedua.

Goh yang merayu jaminan rendah bagi Siew Eng memberitahu mahkamah tertuduh seorang pesara dan pernah menjalani pembedahan jantung.

Mahkamah kemudian membenarkan Hok Kee dan Siew Eng masing-masing diikat jamin RM2,000 dan RM500.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 26 Oktober depan bagi serahan dokumen. BH

Duda, janda didakwa bergaduh, lempar tahi ayam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas

Siasat Rizal Mansor segera – Kadir

Anwar beritahu polis jangan ganggu Rafizi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker