Hasni dilantik sebagai pengerusi LLM

Hasni dilantik sebagai pengerusi LLM

Datuk Seri Ir. Hasni Mohammad dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) yang baharu.

Biarpun tidak memaklumkan nama agensi kerajaan yang diketuainya, namun berdasarkan ruangan komen beliau akan mengemudi LLM.



“Tugas baharu di peringkat Persekutuan. InsyaAllah saya akan lakukan yang terbaik untuk Malaysia.

“Saya tidak sabar-sabar untuk menyumbang kepada negara dalam apa jua kapasiti,” kata Hasni secara ringkas dalam laman sosial beliau hari ini.

Perkongsian tersebut turut mendapat maklum balas daripada akaun Twitter rasmi LLM yang turut mengalu-alukan kehadiran beliau selaku pengerusi baharu agensi berkenaan.

“Selamat datang Datuk Seri Hasni Mohammad ke Lembaga Lebuhraya Malaysia,” ringkas kenyataan tersebut.



Sementara itu, ruangan komen berkenaan status terkini Pengerusi UMNO Johor tersebut turut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada pelbagai pihak termasuklah rakan-rakan politik daripada UMNO dan lain-lain.

Antara yang turut mengucapkan tahniah termasuklah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd. Yazid dan juga bekas Ahli Parlimen Pasir Gudang, Datuk Normala Abdul Samad.

Jawatan Pengerusi LLM sebelum ini disandang Datuk Abdul Rashid. K Online

Hasni dilantik sebagai pengerusi LLM




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas



Siasat Rizal Mansor segera – Kadir

Anwar beritahu polis jangan ganggu Rafizi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker