Dokumen penghakiman Rosmah bocor: Polis rakam kenyataan beberapa individu

Dokumen penghakiman Rosmah bocor: Polis rakam kenyataan beberapa individu

Polis sudah merekodkan keterangan beberapa individu berhubung dakwaan kebocoran dokumen penghakiman keputusan kes rasuah Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pihaknya sudah merakam percakapan daripada beberapa individu termasuk pegawai mahkamah dalam melengkapkan siasatan.



“Untuk peringkat awal, kami sudah mengambil keterangan daripada individu yang ada kaitan dengan kes berkenaan.

“Kami tidak menolak kemungkinan akan memanggil lebih ramai lagi individu lain untuk merekodkan kenyataan mereka,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beh berkata, dokumen itu sebelum ini sebenarnya menjadi rujukan Hakim dan bukannya dokumen keputusan muktamad.

“Siasatan sudah dimulakan selepas Mahkamah Persekutuan membuat laporan polis.



“Ia adalah dokumen penyelidikan berhubung kes yang masih dalam perbicaraan dan ia adalah pandangan unit penyelidikan sebagai rujukan hakim dan berdasarkan maklumat pengadu, dokumen itu akan dipinda berdasarkan penyelidikan dan bukan keputusan pihak mahkamah,” katanya.

Katanya, kes masih disiasat mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Polis Kuala Lumpur menasihatkan semua agar tidak hanya berkongsi artikel yang boleh menimbulkan keresahan dan keresahan orang ramai,” katanya. HM

Dokumen penghakiman Rosmah bocor: Polis rakam kenyataan beberapa individu




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Roti Gardenia naik harga lagi



PN ada kelebihan – Shabery

Warkah Najib dari Penjara Kajang, suasana Dewan Merdeka hiba



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker