Sindrom latah bermula dari mengusik
Sindrom latah bermula dari mengusik
Gara-gara sering mengusik ibu saudara yang melatah, seorang wanita akhirnya turut ‘dijangkiti’ sindrom melatah.
Mawariah Ali, 42, memberitahu, dia tidak sangka tindakannya yang kerap mengusik ibu saudaranya menyebabkan sindrom melatah itu telah ‘berjangkit’ kepada dirinya yang kini sudah menjadi orang yang melatah dan perbuatan itu pula tidak boleh dihentikan.
“Dahulu, saya bukan individu yang melatah, namun akibat sering mengusik ibu saudara, menyebabkan saya sendiri yang melatah dan penatnya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
“Kadangkala kawan atau saudara-mara yang tahu saya melatah ini memang suka menyakat, saya sampai tidak sedar apa yang dilakukan. Ada kalanya saya mengajuk percakapan, berjoget dan ada sampai bersilat pun ada walaupun tidak tahu bersilat.
“Pernah juga saya tumbuk suami ketika tidur kerana terbawa-bawa usikan saudara-mara, mujur suami tengah tidur dan berada dalam keadaan tidak sedar, cepat-cepat saya minta maaf dekat suami,” kata suri rumah yang berasal dari Melaka.
Sementara itu, Ahmad Azmi, 23, berkata, perbuatan melatah yang dialaminya tidak terlalu serius dan hanya sekadar mengajuk percakapan orang lain.
“Ia berlaku sekitar beberapa tahun dahulu, saya sendiri tidak menyangka pada usia muda ini saya boleh melatah.
“Rakan-rakan juga sering mengusik dan saya menjadi tempat untuk melepaskan stres mereka dengan telatah saya.
“Bagaimanapun, mereka memahami dan tidaklah terlalu berlebih-lebihan ketika menyakat saya. Mereka menganggap saya sebagai ‘penyeri’ dalam sesuatu perjumpaan kerana dapat menghiburkan ramai orang termasuk diri saya sendiri.
“Mereka ini merupakan teman rapat saya yang dikenali sejak kecil dan saya langsung tidak menyimpan dendam atau marah dengan tindakan mereka. Apabila saya dah ‘tersandar’ akibat penat, mereka tidak lagi mengusik,” katanya yang bekerja sebagai tukang jahit.
Dalam pada itu, seorang pemandu lori yang ingin dikenali sebagai Kamal, 35, yang turut melatah berkata, tugasnya sebagai pemandu lori membuatkan dia lebih berhati-hati dan berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.
“Saya berjaya mengawal melatah saya ketika memandu. Pada awal pekerjaan sekitar lapan tahun lalu, saya memang sukar mengawal tabiat ini sehinggakan apabila ada pemandu lain membunyikan hon, saya tanpa semena-mena menekan hon juga.
“Mujur sepanjang bekerja ini saya tidak melatah dan berjaya mengawalnya.
“Apabila berehat bersama rakan, mulalah ada yang akan menyakat sebagai penghilang penat bekerja,” kata bapa dua anak yang berasal dari Selangor. K Online
Sindrom latah bermula dari mengusik
Baca Artikel Menarik:
- Kapal selam berperisai gaya Batman ditawar pada harga RM6.8 juta
- Yang suka buat penafian bukan UMNO tapi pemimpin PKR – Puad
- Lelaki samun, belasah wanita ditahan tak sampai 24 jam
- Najib tak pernah minta kes digugurkan, hanya perlu keadilan – Zaid
- Mohon maaf atau kami saman, Zaid dan rakan kongsi beritahu presiden Badan Peguam
- Fadli kata boleh anjur konsert antarabangsa di negeri PAS tapi…
- Bakal pengantin dipanah petir ketika sedang bergambar
- Azalina bukan kritik PM, hanya pandangan peribadi yang ikhlas
- Pengantin baharu diberkas langgan pelacur ketika bulan madu
- Petisyen mohon pengampunan diraja untuk Najib dilancar
- Mahathir, Anwar bukan pilihan terbaik untuk Malaysia
- Adegan cium, Lizzy lakukan tanpa teknik kamera
- Kamu buat petisyen ampun Anwar, rakyat tak kecewakah, Saarani sindir Mahathir
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Warkah Najib dari Penjara Kajang, suasana Dewan Merdeka hiba
You must be logged in to post a comment.