Najib catit mesej buat penyokong

Najib catit mesej buat penyokong

Setelah menghabiskan seminggu di penjara, bekas perdana menteri Najib Razak hari ini berkata sekarang dia menghabiskan sebahagian besar masa untuk menulis buah fikirannya.

Dalam nota ringkas yang disampaikan melalui anak perempuannya Nooryana Najwa, ahli parlimen Pekan itu berkata ia satu-satunya cara dia boleh menyampaikan pesanannya sekarang walaupun tertangguh.

“Gina (Nooryana Najwa) beritahu saya ramai yang bertanya khabar dan keadaan saya. Buat masa ini saya dalam keadaan sihat, baik, tenang. Alhamdulillah.

“Saya berpeluang berjumpa peguam dan keluarga saya mengikut masa yang dibenarkan. Bertanya juga mengenai perkembangan isu-isu semasa sambil berbincang mengenai urusan mahkamah.

“Saya juga banyak menggunakan masa saya untuk catit pendapat saya dan serahkan kepada peguam atau keluarga saya untuk dikongsi dengan semua.

“Mungkin akan ada kelewatan sedikit tetapi apa dayanya. Inilah sahaja yang saya dapat buat,” katanya.

Mesej Najib itu disiarkan di akaun Facebook rasminya petang tadi. Ia telah menarik ribuan komen daripada penyokongnya.

Najib catit mesej buat penyokong


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Roti Gardenia naik harga lagi

PN ada kelebihan – Shabery

Warkah Najib dari Penjara Kajang, suasana Dewan Merdeka hiba

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker