PKR mulakan langkah PRU-15, bakal umumkan calon PRU bulan depan
SHAH ALAM: Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mendedahkan parti itu akan memperkenalkan calon disenarai pendek untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15) dalam tempoh sebulan lagi.
Melabelkan PRU15 sebagai “perang”, Rafizi berkata akar umbi parti itu ada peranan untuk dimainkan dalam memerangi Barisan Nasional, sambil menambah PKR akan bersedia dengan jenteranya.
“Biarlah mereka (Umno) bergaduh sesama sendiri bila PRU15 perlu diadakan. Apa yang penting kita mesti bersedia.
“Dalam masa sebulan, kami akan menyenarai pendek calon dan menyelesaikan semua rundingan mengenai kerusi parti,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Nasional PKR.
Rafizi turut menggesa akar umbi parti menjaga niat murni dan mengelak menjadi seperti bekas timbalan presiden Azmin Ali dan rakan-rakannya, yang sebelum ini “menikam belakang” parti.
“Jika ada yang menang (pada pilihan raya umum akan datang) tetapi tidak mendapat sebarang jawatan kerajaan, jangan tikam belakang kami seperti Azmin dan rakan-rakannya,” katanya.
Rafizi juga berkata, PKR bukan parti yang mudah dikalahkan dengan mengatakan ia mempunyai kekuatan untuk bangkit setiap kali tumbang.
“Setiap kali kita jatuh, setiap kali orang mentertawakan kita, kita dapat mencari kekuatan dalaman kita untuk bangkit semula dengan cepat,” katanya sambil menambah PKR sedang dalam perjalanan untuk mendapatkan semula kedudukannya.
Mengenai skandal kapal tempur pesisir (LCS), Rafizi berkata pendedahan itu adalah untuk membuktikan bahawa ahli politik Melayu sendiri yang menjadi punca memudaratkan orang Melayu di negara ini.
“Ini adalah parti sama yang kononnya mahu membela orang Melayu. Yang melemahkan tentera (negara kita) bukanlah tentera kita.
“Apa yang melemahkan sistem ialah kekurangan peruntukan oleh Kementerian Pertahanan untuk persenjataan,” katanya.
Boustead Naval Shipyard (BNS) dianugerahkan kontrak untuk membina enam LCS bernilai RM9 bilion yang bermasalah, yang berada bawah penelitian Parlimen berhubung kos dan kelewatan dalam pembinaan.
Kapal pertama dilancarkan pada 2017 dan dijadualkan untuk penghantaran pada 2019, dengan selebihnya pada selang enam bulan. Bagaimanapun, tiada yang disiapkan atau dihantar.
Projek itu menimbulkan kontroversi awal bulan ini selepas Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mempersoalkan keputusan pengurusan dan kontrak, menyebabkan tiada kapal dihantar walaupun RM6.08 bilion telah dibelanjakan
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Dakwa Ismail diberi kata dua, Umno ugut saman portal berita
- Maut dipukul majikan dengan topi keledar
- Bajet 2023 diawalkan ke 7 Okt, petanda PRU makin dekat?
- Rafizi cabar Latiff samannya mengenai Zainab
- Penganggur dihukum mati bunuh nenek berusia 85 tahun selepas rogol, liwat
- Senarai 14 kes pemimpin PH digugurkan ketika berkuasa – Asyraf Wajdi
- Range Rover Baru Dibeli Terjunam Di Landasan Kereta Api, Pemandu Kritikal [VIDEO]
- Mengapa Najib dibiarkan bersendirian?
- Muhkriz dedah Muhyiddin mahu jadi PM kali kedua, ketuai Khemah Besar
- Pernyataan Datuk Seri Najib Razak Kepada Mahkamah Persekutuan pada 23 Ogos 2022
- Tak jadi nikah 2 lepas isteri tunjuk slip gaji berbaki RM800
- Penulis ‘Billion Dollar Whale’ lancar pemburuan Jho Low
- Gelandangan hias bilik tidur di atas jejambat pejalan kaki
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung
Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.