Mesyuarat MKT UMNO malam ini bincang desakan ‘Pembubaran Parlimen’

KUALA LUMPUR: Desakan supaya Parlimen dibubarkan segera akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno malam ini, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Umno berkata, beliau akan berusaha merealisasikan hasrat akar umbi termasuk yang hadir taklimat khas presiden hari ini untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15) diadakan secepat mungkin.

“Malam ini ada mesyuarat MKT. Kami semua akan mesyuarat MKT. Kami akan bawa mandat hari ini dalam mesyuarat MKT.

“Rakan-rakan MKT, lihat sendiri dukungan ahli Umno dari seluruh negara ini,” katanya disambut sorakan lebih 3,000 ahli Umno yang memenuhi Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) sambil melaungkan “bubar Parlimen”.

Menerusi ucapannya juga, Zahid berkata ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) perlu bersedia menghadapi PRU15 pada bila-bila masa.

“Kemenangan besar Barisan Nasional adalah pengukuhan kepada obor perjuangan Najib Razak untuk parti dan negara. Kami percaya, kerajaan pimpinan Ismail Sabri Yaakob tidak akan membiarkan harapan ini pudar sekiranya tarikh PRU dilengahkan,” katanya.

Dalam pada itu, Zahid menyindir parti lawan yang baru berani bersuara untuk mendesak PRU15 diadakan selepas Najib disabitkan bersalah dan menjalani hukuman penjara.

Katanya, sebelum Najib dipenjara ramai pihak termasuk pembangkang menuduh beliau gila kuasa dan mahu melepaskan diri daripada menghadapi kes mahkamah.

“Menyebut tentang pilihan raya, saya rasa sedikit terkilan kerana banyak pihak menuduh kita gila kuasa. Malah pembangkang seolah-olah menolak untuk diadakan pilihan raya.

“Saya tidak tahu kenapa mereka menolak idea supaya diadakan pilihan raya. Cuma setelah agenda memenjarakan Najib berjaya dilaksanakan sudah kedengaran mereka juga mahukan pilihan raya diadakan,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]

Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker