PKR sahut cabaran PRU-15 jika diadakan segera

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata parti itu sedia untuk berdepan PRU15 walaupun jika ia dilaksanakan seawal bulan depan.

Ia selepas timbul spekulasi Parlimen akan dibubarkan tidak lama lagi, selepas pembentangan Belanjawan 2023 pada 7 Oktober ini, kira-kira tiga minggu lebih awal daripada jadual asal.

Dalam ucapannya di depan lebih 3,500 anggota parti di Konvensyen PRU15 PKR di Shah Alam hari ini, Anwar berkata parti sedang merangka strategi dan pendekatan baru bagi PRU akan datang.



“Inilah satu-satunya parti di negara ini di mana kepimpinan diwakili dua generasi.

“Kalau orang tanya ‘Anwar, seandainya kamu pergi dahulu…apakah kamu yakin parti dan perjuangan ini di tangan (orang yang) cekal dan berwibawa dengan prinsip perjuangan’, saya jawab ‘ya’,” katanya.

Anwar berpesan bahawa anggota parti perlu yakin dan mereka tidak akan dapat menang dalam PRU15 jika bertindak secara defensif.

“Kita di landasan yang betul. Masa depan negara ini terletak pada Melayu, India, Cina, Kadazan, Iban.



“Jika anda tak yakin dengan perkara ini, kita tidak akan berjaya,” katanya lagi.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tak sempat ‘sedap’, polis tahan pengantin ketika majlis berlangsung

Lelaki pengsan akibat putus cinta [VIDEO]



Wanita terlalu cantik untuk bekerja sebagai tukang plaster [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker