Australia rampas methamphetamine bernilai hampir RM5 bilion

Australia rampas methamphetamine bernilai hampir RM5 bilion

SYDNEY: Pihak berkuasa Australia menemukan dua tan methamphetamine bernilai AS$1.1 bilion (RM4.9 bilion) yang disembunyikan dalam jubin marmar, dibawa masuk dari Emiriah Arab Bersatu (UAE) ke Sydney, sekali gus mencatatkan rekod rampasan dadah terbesar di negara ini.

Berikutan itu, tiga lelaki ditahan selepas 748 kilogram dadah yang disembunyikan dalam 24 kontena yang tiba di Pelabuhan Botany ditemukan padal awal bulan ini.



Sebanyak 1,060 kilogram lagi dadah ditemukan dalam 19 kontena yang tiba di pelabuhan yang sama pada minggu lalu dan dadah itu disembunyikan dengan cara sama dengan semuanya dihantar dari UAE.

Ketua Detektif Polis, Superintendan John Watson menggambarkan kuantiti dadah itu sebagai ‘mengejutkan’.

“Rampasan ini akan dirasai selama beberapa minggu yang akan datang oleh banyak pembekal peringkat tinggi, pertengahan dan rendah.

“Rantau Asia Barat mungkin tumpuan utama kami,” kata Watson.



Semua kontena dijadualkan dihantar ke sebuah kilang di barat Sydney yang tersedia untuk mengekstrak methamphetamine daripada marmar dengan segera, kata Watson.

Ketiga-tiga suspek berusia 24, 26 dan 34 berdepan kemungkinan hukuman penjara seumur hidup jika disabit kesalahan mengedar dadah.

Rekod rampasan sebelum ini membabitkan 1.8 tan dadah yang disembunyikan dalam pembesar suara dan dihantar ke Melbourne dari Bangkok pada April 2019. Utusan

Australia rampas methamphetamine bernilai hampir RM5 bilion




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kes Najib penganiayaan politik – Armand



Gurauan melampau rakan

Bekas mak nyah insaf selepas mimpi dibakar api



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker