Bapa terkorban dilanggar lori sempat selamatkan anak perempuannya

Lelaki yang terbunuh dalam kemalangan di Jalan Sungai Tua, Gombak, pada Rabu lalu dikatakan sempat menolak anak perempuannya ke tepi jalan sebelum dirempuh sebuah lori.

Dalam kejadian  pukul 6 petang itu, Mohd. Khairee Idrus Tam, 39, maut manakala anaknya, Khayra Shakira, 8, cedera di kaki.

Isteri mangsa, Nor Shawany Ahmad Radzi, 37, berkata, dia menerima panggilan kejadian tersebut  pada pukul 6 petang sebelum bergegas ke lokasi.



Menurut beliau, anaknya memaklumkan semasa dalam perjalanan pulang, Mohd. Khairee cuba mengelak sebuah kereta yang membuka pintu secara tiba-tiba menyebabkan mereka terjatuh.

“Ketika itu suami sempat tanya keadaan Yaya dan mereka tidak cedera lalu bangun semula. Yaya beritahu daddy mahu mengangkat motosikal dan ketika itu datang sebuah lori yang mungkin tidak nampak mereka jatuh.

“Yaya berkata daddy menolaknya dengan kuat ke tepi jalan sebelum daddy dan motosikalnya dilanggar lori itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nor Shawany berkata, anak tunggalnya mendapatkan rawatan di Hospital Selayang dan dibenarkan keluar semalam namun masih berkerusi roda kerana terdapat keretakan pada buku lali.



“Anak masih trauma dengan kejadian itu, namun saya bersyukur dia kuat dan faham bapanya sudah tiada. Dia sangat rapat dengan arwah berbanding saya disebabkan arwah mengurus dan menjaganya kerana bekerja di rumah.

“Lebih terkilan, saya tidak sempat berbual dengan suami di rumah sebelum dia keluar mengambil anak seperti kebiasaan kerana arwah minta saya singgah membeli makanan di bazar Ramadan sebelum pulang ke rumah.

“Kami juga sudah tempah baju raya sedondon warna ungu tapi arwah tidak sempat memakainya,” katanya.

Tambahnya, kehilangan arwah turut dirasai ahli keluarga dan rakan kerana disifatkan seorang yang periang, peramah dan suka buat orang ketawa.



Justeru, Nor Shawany mengharapkan pemilik kenderaan supaya lebih berhati-hati untuk membuka pintu kereta bagi mengelak berlaku kemalangan dan meminta individu yang mempunyai kamera papan pemuka merakam kejadian supaya tampil membantu siasatan polis

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel



Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker