Saya takut orang geli dan jijik – DUKE

Saya takut orang geli dan jijik – DUKE

Ipoh: “Saya malu nak jumpa orang. Saya takut orang geli dan jijik. Apabila pakai macam itu, tak adalah malu sangat,” kata pendakwah dan penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim.

Ustaz Kazim memberi reaksi itu ketika diminta mengulas mengenai gambar tular menunjukkan wajahnya ditutup dengan topi dan hanya menampakkan bahagian mata saja ketika diundang menjadi penceramah pada satu majlis ilmu.

Penampilan terkini Ustaz Kazim itu mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen berhubung status kesihatan dan keadaan terkininya yang sebelum ini mendedahkan dirinya menderita akibat penyakit misteri.

Berkongsi kisah sebenar, Ustaz Kazim berkata, dia terpaksa tampil dengan imej sebegitu ketika berada di khalayak umum kerana penyakit kulit yang dulunya menyerang kaki dan badan akhirnya merebak ke bahagian muka.

Menurut Ustaz Kazim, wajahnya bukan hanya berubah menjadi gelap tetapi ada luka dan kadang kala berdarah dengan tiba-tiba.

Manakala, luka bahagian kaki dan badannya sudah beransur pulih sejak tiga bulan lalu.

“Saya menyedari perubahan itu dalam tiga ke empat minggu yang lalu apabila muka jadi semakin gelap seolah-olah terbakar.

“Melihat keadaan yang tidak terkawal itu membuatkan saya nekad bertemu pakar kulit untuk mendapatkan kepastian.

“Hasil pertemuan itu, doktor mendapati saya ada penyakit kulit yang kronik jadi menasihatkan untuk memakai krim pelindung tabir suria dan mengelak daripada terdedah dengan matahari,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Ustaz Kazim, buat masa ini, dia masih mengambil dan memenuhi undangan sebagai penceramah.

Bagaimanapun, Ustaz Kazim mengakui tidak dapat meluangkan masa yang lama dalam satu-satu majlis atau program kerana jadi hilang keyakinan ketika berhadapan dengan orang ramai.

“Setakat ini, saya belum tolak lagi undangan cuma sebelum keluar rumah perlu pakai pelembab, pelindung matahari dan bedak asas selain biarkan bulu tumbuh supaya cela yang ada tidak nampak ketara.

“Kiranya, saya masih ceramah macam biasa cuma tidak tahu siapa sampai bila perlu ‘make up’ jadi agak tertekan di situ dan terganggu ketika berceramah hingga jadi tiada keyakinan sedangkan dulu seronok sangat.

“Disebabkan itu juga, saya datang ‘on time’ (tepat pada masanya), tidak lagi duduk di bilik menunggu dan segera lari pulang selepas habis ceramah.

“Jadi, saya mohon minta maaf jika terpaksa tolak pelawaan untuk makan dan minum atau bergambar kerana malu sangat dengan keadaan muka dan tidak sedia duduk dekat dengan orang buat masa ini,” katanya.

Ustaz Kazim berkata, buat masa ini, dia bergantung dengan ubat dan krim dibekalkan oleh hospital sebagai ikhtiar untuk merawat wajahya selain terus menjalani rawatan Islam.

Katanya, ribuan ringgit juga sudah dibelanjakannya sejak menjalani rawatan bagi mengubati penyakit misterinya dan sudah merujuk masalahnya dengan ramai doktor hospital kerajaan juga swasta.

“Bukan tidak usaha malah berapa pun dicaj, saya sanggup bayar janji muka elok dan terbaru, saya belanjakan RM5,000 untuk rawatan pigmentasi.

“Kos rawatan itu agak mahal kerana gunakan krim yang terbaik dan dalam dua tiga hari lagi, saya akan ke sebuah negara di Timur Tengah pula bagi menjalani rawatan dengan pakar ke-15.

“Kekuatan saya adalah kerana ada tanggungjawab menguruskan sekolah pondok (pusat pendidikan) kerana kalau terbaring, macam mana nak tanggung mak cik dan pak cik di situ yang sakit,” katanya.

Biarpun ia membabitkan masalah kulit, Ustaz Kazim tidak menolak kemungkinan penyakitnya angkara perbuatan sihir.

“Memang ada kejadian misteri berlaku di rumah salah satunya mainan cucu saya berjalan sendiri jam 3 pagi, sama seperti dalam filem seram.

“Kalau orang kata saya percaya bomoh, benda itu berlaku depan mata saya jadi buat apa saya menipu.

“Kalau saya ada terlanjur kata, saya mohon maaf, kalau ada yang nak uji ilmu, saya mohon maaf kerana saya saya hanya insan biasa.

“Apa yang pasti, saya akan terus berdakwah dan andai satu hari nanti tidak boleh di khalayak ramai, mungkin di Facebook (Fb) saja seperti sekarang.

“Terima kasih juga saya ucapkan kepada semua rakyat Malaysia yang mendoakan, doktor dan kakitangan hospital, pengamal media, serta mereka yang sanggup hantar bekalan ubat di rumah,” katanya.

Pertengahan Mei lalu, Ustaz Kazim mengejutkan pengikutnya apabila memuat naik gambar wajah dan tangannya yang mengalami masalah kulit di media sosial dengan mendakwa ia akibat perbuatan sihir.

Beliau bagaimanapun menyangkal dakwaan melakukan gimik atau strategi pemasaran untuk filem lakonannya, Zim Zim Ala Kazim. HM

Saya takut orang geli dan jijik – DUKE


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib

Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya

Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker