Amelia Christie rangkul lengan sasa Sharnaaz Ahmad

KUALA LUMPUR – “Mungkin selepas ini, dia bukan jadi artis lagi. Kita tengok mana yang terbaik”.

Demikian respons pelakon Sharnaaz Ahmad mengenai pelakon baharu, Amelia Christie yang menemaninya ke malam gala Polis Evo 3 di KLCC, malam tadi.

Kedengaran seperti bersoloroh kerana pernah menyatakan ingin memilih calon isteri bukan dalam kalangan selebriti, kenyataan balas tersebut sebagai gambaran hubungan terjalin kini semakin serius.

Malah kehadiran ke tayangan filem aksi tersebut dengan ditemani Amelia yang merangkul erat lengannya seperti memberi isyarat mengenai hubungan istimewa mereka.

Bagaimanapun, Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 38, berkata, buat masa ini, dia dan Amelia masih dalam fasa berkawan.

“Tiada apa, kami masih dalam fasa berkawan. Saya okey sahaja bawa si dia ke majlis ini, sebab saya berkawan dengan semua orang,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menguatkan lagi hubungan istimewa, kedua-duanya tampil memilih persalinan sedondon sut hitam dipadankan kemeja putih ke acara tayangan perdana filem Sharnaaz itu.

Diasak lagi berkenaan dakwaan mengongkong kekasih, penggalas watak antagonis dalam naskhah arahan Syafiq Yusof menegaskan, perihal terbabit bukan urusan orang lain untuk mempertikaikan tindakannya.

Malah akuinya, tidak salah untuk mengawal yang lebih kepada kebaikan selain tanda keprihatinannya terhadap seseorang.

“Saya rasa kalau saya kawal sekali pun, saya yang kawal. Kenapa nak sibuk? Suka hati saya nak buat apa pun.

“Kalau kawalan terlalu merepek, merepeklah jadinya. Kalau kawal ke arah kebaikan, apa salahnya daripada jadi mat rempit atau bohsia,” katanya lagi.

Terdahulu, Sharnaaz pernah memaklumkan dirinya sedang berkawan rapat dengan seseorang, namun enggan berkongsi cerita peribadi secara terbuka.

Ramai dalam kalangan pengikut laman sosialnya menyebut Amelia Christie sebagai individu dimaksudkan apabila kerap bersamanya selain turut dilihat rapat dengan anak tunggal pelakon terbabit.

Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga dengan kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila pada 31 Mac 2017 dan bercerai tiga tahun kemudian.

Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan cahaya mata lelaki, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia lima tahun.- KOSMO! ONLINE

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey

Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal

Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker