Dapat wang pencen terus kahwin lain

Dapat wang pencen terus kahwin lain

Seorang wanita berasa terkilan apabila secara diam-diam suaminya telah berkahwin lain selepas menerima wang pencen sebagai pesara kerajaan.

Kisah ini dikongsikan seorang suri rumah yang dikenali sebagai Farihah menerusi kumpulan Facebook, Luahan Hati Seorang Isteri (LHSI) semalam.



Katanya, tindakan suaminya itu sukar untuk diterima dan dimaafkan kerana selama 30 tahun mereka hidup bersama dia sememangnya telah mencurah segala kasih serta menjaga kebajikan pasangannya itu dengan cukup sempurna.

Tambah Farihah, suaminya seorang yang pendiam dan sangat sopan apabila berbicara sehingga secara peribadi, dia tidak pernah terfikir bakal menerima ‘madu’ dalam rumah tangganya.

“Suami tak pernah tunjuk perangai bukan-bukan selama kami berkahwin, dia seorang yang pendiam dari dulu lagi, cara dia bersembang dengan saya, anak-anak dan sesiapa pun sangat sopan.

“Tak sangka dalam diamnya, saya dikejutkan dengan berita sedih ini. Apa salah saya yang selama 30 tahun ini menabur segala bakti, kasih sayang hanya pada seorang suami,” luahnya.



Menurut wanita tersebut, sebulan selepas suaminya menerima wang pencen, lelaki itu meminta izin untuk mengikuti acara konvoi motosikal bersama beberapa kenalannya yang lain ke Terengganu.

Malangnya, selepas tiga hari berada di negeri Pantai Timur itu, suaminya pulang sambil membawa seorang wanita yang diperkenalkan sebagai isteri baharunya.

“Terkejut saya rasa nak pengsan, dan saya terus ambil keputusan keluar dari rumah sambil ditemani anak bongsu saya dan kini kami tinggal di rumah salah seorang kakak saya.

“Saya buntu, kalau kami bercerai, saya kesiankan anak-anak dan saya juga masih sayangkannya. Tapi pada masa sama, saya tidak boleh terima dengan tindakannya itu tanpa berbincang terlebih dahulu dengan saya dan keluarga,” katanya. K Online



Dapat wang pencen terus kahwin lain


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib



Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya

Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker