Pukul bini selepas dituduh ada hubungan sulit
Pukul bini selepas dituduh ada hubungan sulit
Gara-gara berang dirinya didakwa mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain, seorang lelaki sanggup bertindak luar kawalan dengan menampar, memukul dan menolak isterinya sehingga cedera dalam kejadian di Taman Kencana, di sini, semalam.
Kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu bermula apabila mangsa berusia 40 tahun bertengkar dengan suspek yang juga suaminya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, akibat pertengkaran itu, suspek bertindak menampar pipi kanan dan kiri mangsa beberapa kali, memukul kepala, menolak serta memukul badan mangsa.
“Punca pertengkaran berlaku dipercayai berpunca daripada mangsa mengesyaki suspek mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain.
“Pasangan berkenaan sudah berkahwin selama enam tahun dan mempunyai dua anak perempuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Baca Artikel Menarik :
- Parti Lain Boleh Tangguh, Tapi UMNO Dipaksa Laksanakan
- Banjir atas padang, pengadil paksa main bola
- Terdesak Kekalkan Kuasa, Sentimen Propaganda Direka
- Siti Sarah ditiarapkan, darah beku di paru-paru
- Resepi Sambal Belacan Strawberi Berdesing Pedas
Layari Laman Facebook MYKMU
Kata Mohamad Farouk, hasil siasatan mendapati suspek dipercayai sudah tiga tahun tidak bekerja.
“Suspek ditahan pada hari sama selepas laporan polis dibuat isterinya, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah.
“Dia juga kini direman selama empat hari sehingga 11 Ogos ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian,” jelasnya.
Dalam pada itu, kata Mohamad Farouk, mangsa sudah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur.
“Kecederaan yang dialami mangsa ialah lebam pada pipi kiri dan kanan, luka ibu jari kaki dan luka dalam mulut.
“Sehubungan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga,” katanya.
Pukul bini selepas dituduh ada hubungan sulit
You must be logged in to post a comment.