Lelaki maut disondol selepas bakar tanduk lembu jantan

Fernandez ditanduk haiwan itu sambil diperhatikan pengunjung dan beberapa lelaki lain yang cuba membantunya. – Daily Star

VALENCIA, SEPANYOL – Seorang lelaki meninggal dunia selepas disondol  seekor lembu jantan yang naik minyak selepas tanduknya dibakar dalam sebuah festival di Sepanyol, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Rakaman video menunjukkan Adrian Martinez Fernandez, 24, ditanduk haiwan itu sambil diperhatikan penonton. Beberapa lelaki lain cuba membantunya, namun menurut laporan, limpa Fernandez pecah akibat disondol lembu tersebut.

Dalam kejadian tragis pada Ahad lalu, lembu jantan itu menanduk Fernandez selepas tanduknya dibakar semasa festival berkaitan keagamaan berlangsung di bandar Valencia.

Mangsa dikatakan datang dari bandar Almansa untuk mengambil bahagian dalam sambutan tersebut, namun niatnya berakhir dengan tragedi apabila ditanduk.



Lembu jantan itu mempunyai dua biji bola yang diperbuat daripada bahan mudah terbakar serta diletakkan pada kedua-dua tanduknya.

Ia merupakan satu pemandangan biasa pada mana-mana acara larian lembu. Lembu berkenaan kemudian akan dilepaskan ke jalanan.

Kesakitan akibat api difahamkan menjadi penyebab haiwan itu naik minyak lalu merempuh Fernandez. – Agensi

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Suami Tengku Maimun buat hantaran negatif, bimbang pengaruhi keputusan pertuduhan – Najib

Amelia Henderson Terlalu Seksi, Peminat Doa Ada Lelaki Boleh Bimbingnya



Penyanyi Lelaki Selamba Cium BCL Atas Pentas Dikecam Netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker