Pegawai imigresen ‘halau’ orang awam ditukar serta-merta

PUTRAJAYA – Seorang pegawai imigresen yang tular kerana menghamburkan kata-kata kesat dan menghalau orang awam di kaunter Imigresen Pusat Transformasi Bandar (UTC), Seksyen 14, Shah Alam baru-baru ini telah ditukarkan serta-merta.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen (JIM), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, pihaknya memandang serius kerana perbuatan pegawai terbabit adalah bertentangan dengan slogan jabatan iaitu ‘Integriti, Professional, Mesra’.

“Walaupun siasatan awal mendapati ada unsur-unsur provokasi daripada orang awam, namun tindakan yang diambil oleh pegawai JIM terlibat adalah bertentangan dengan slogan jabatan.

“Selain itu, adalah diakui bahawa menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang awam tidak sepatutnya dilakukan oleh pegawai imigresen yang juga penjawat awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tular kakitangan Imigresen ‘halau’ orang awam

Menurut beliau, pegawai Imigresen seharusnya bijak mengawal diri dan bersikap professional apabila berdepan provokasi lisan oleh orang awam kerana mereka diberi latihan dan tunjuk ajar yang mencukupi.

“Dalam perkara ini, JIM mengambil tindakan serta merta menukarkan pegawai itu ke bahagian lain dan kertas siasatan serta prosedur tatatertib juga akan dibuka oleh Bahagian Integriti.

“JIM juga kesal dengan tindakan provokasi oleh orang awam. Pelbagai kemudahan disediakan untuk memperbaharui pasport seperti permohonan dalam talian serta lanjutan waktu operasi termasuk Sabtu dan Ahad,” ujar beliau.

Terdahulu, Kosmo! Online pada 19 Ogos lalu melaporkan tentang insiden kekecohan melibatkan seorang pegawai imigresen dan seorang lelaki di kaunter Imigresen UTC, Seksyen 14.

Kekecohan kira-kira pukul 8.30 malam itu berlaku apabila lelaki tersebut difahamkan berang apabila tidak mendapat layanan sewajarnya ketika hadir untuk membuat pasport di fasiliti tersebut.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker