Matahari akan mati dalam masa 5 bilion tahun

Matahari kini sudah menghampiri separuh daripada jangka hayat yang diramalkan. – Space.com

PARIS – Agensi Angkasa Eropah (ESA) menerusi kajian kapal angkasa miliknya, Gaia,  meramalkan bahawa Matahari bakal mati tidak lama lagi, lapor portal berita MailOnline, semalam.

Menurut ramalan tersebut, Matahari kini sudah menghampiri separuh daripada jangka hayatnya dan apabila ia mencapai penghujung, cahayanya akan terpadam lalu menjadikan Bumi kesejukan.

Bagaimanapun, data daripada Gaia mencadangkan keadaan tersebut tidak akan berlaku selama sekurang-kurangnya lima bilion tahun lagi.

Gaia menganggarkan Matahari kini berusia sekitar 4.57 bilion tahun. Dengan mengenal pasti jisim dan komposisinya, peranti itu mampu menganggarkan bagaimana Matahari akan berkembang pada masa hadapan.

Pada masa ini, Matahari dianggap berusia ‘pertengahan umur’ dan stabil kerana ia menggabungkan hidrogen menjadi helium.

Gaia terletak kira-kira 1,496,689.92 kilometer dari Bumi dan membawa dua teleskop untuk mendokumentasikan galaksi dan mengkaji bintang bagi meramalkan masa depan mereka. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker