Tragedi beberapa minit sebelum buka puasa
Tragedi beberapa minit sebelum buka puasa
TUMPAT: Hari pertama Ramadan menjadi tragedi buat empat keluarga di Kampung Masjid di sini, apabila rumah yang didiami mereka hangus terbakar sejurus sebelum berbuka puasa hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7.10 malam tadi ketika masing-masing sedang menyediakan juadah untuk berbuka puasa sebelum dikejutkan dengan kejadian itu.
Seorang mangsa, Mohd Zulhairi Adib Zuhaimi, 19, berkata, ketika itu dia sedang memanaskan lauk di dapur sebelum rasa bahang api secara tiba-tiba.
“Saya membuka tingkap dapur dan terkejut melihat api yang sedang marak di rumah belakang dan dalam masa yang sama juga api sudah merebak di bahagian bumbung rumah kami.
“Saya segera menjerit kepada abang, adik serta anak saudara di ruang tamu memberitahu mengenai kebakaran itu sebelum masing-masing bergegas mencapai apa sahaja barangan yang sempat dicapai untuk diselamatkan,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.
Mohd Zulhairi berkata, mereka berempat hanya minum air yang diberi jiran untuk berbuka sambil termenung memikirkan nasib malang menimpa.
Katanya, selain televisyen dan dokumen penting, hampir 10 burung merpati belaan abangnya, Amsyar, 28, juga sempat diselamatkan namun banyak juga yang mati hangus dalam kebakaran.
Kejadian itu membabitkan lima unit rumah termasuk bengkel mini penghasilan keropok yang diusahakan Fairul Aiman Mohd Noor, 24, yang menyebabkannya kerugian ribuan ringgit kerana banyak peralatan dan mesin hangus.
Katanya, sebelum kebakaran, dia menutup operasi pada 6.15 petang sebelum pulang ke rumah tidak jauh dari lokasi.
“Tidak lama kemudian, saya diberitahu jiran mengenai kejadian itu dan asap tebal boleh dilihat dari rumah sebelum saya segera berlari menuju ke lokasi untuk melihat keadaan bengkel.
“Api sangat marak dan saya serta penduduk cuba memadamkan api yang sedang marak di beberapa rumah berhampiran. Saya hanya mampu melihat bengkel sedang hangus,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tumpat, Penolong Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 7.15 malam.
Katanya, seramai 15 pegawai dan anggota daripada BBP Tumpat, Pengkalan Kubor serta Wakaf Bharu bergegas ke lokasi dan sebaik tiba, api sedang marak.
“Kebakaran dapat dikawal jam 7.50 malam dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya. BH
Tragedi beberapa minit sebelum buka puasa
Baca Artikel Menarik:
- KWSP: Kena ganti RM12,000 kalau keluarkan RM10,000?
- Muhyiddin minta sokong untuk jadi PM semula selepas tikam belakang saya
- Saifuddin akan cabar Rafizi rebut jawatan Timbalan Presiden PKR
- Hadi dijangka bertemu Mahathir
- Khayla perlukan bantuan segera
- Kepala dipenggal, ditinggalkan atas kereta
- Ismail Sabri paling banyak terlibat urus COVID-19, dari Menteri Pertahanan hingga PM
- Terkejut Nampak Wanita Serba Putih Depan Rumah (Video)
- Kecewa isteri minta cerai, lelaki ambil semula hadiah perabot rumah
- Bomoh ‘halau’ hantu dari alat sulit wanita
- Dituduh rompak bank, bekas polis dakwa Rahim Noor, 4 pegawai lain ‘konspirasi’
- Jangan Arwahkan Mak Sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tengku Hassanal Kongsi Momen Bertemu Tengku Aleya, Sempat Kena ‘Sound’ Dengan Raja Permaisuri Agong
Resepi Ayam Masak Merah Ala Kenduri, Tak Guna Sebarang Sos Pun
You must be logged in to post a comment.