Kelajuan muat turun kandungan internet di Malaysia tidak sampai 100 Mbps – Kajian

KUALA LUMPUR: Kajian daripada Khazanah Research Institute (KRI) mendapati kelajuan muat turun kandungan internet di Malaysia tidak melebihi 100 Mbps walaupun dengan liputan rangkaian terbaik.

Berdasarkan kajian bertajuk ‘Kualiti Jalur Lebar Mudah Alih dan Teras Pembangunannya’ melibatkan beberapa peserta yang dibuat pada tahun lepas itu mendapati kelajuan tertinggi direkodkan hanyalah 68.2 Mbps.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sebelum ini berkata, kelajuan muat turun melebihi 100 Mbps boleh diperoleh di kawasan yang mempunyai jaringan LTE Advanced (LTE-A) bersama dengan penggunaan telefon pintar bersesuaian.

Begitupun, penyelidik, Muhammad Nazhan Kamaruzuki dalam kajiannya memaklumkan tiada satupun responden mendapat kelajuan sebegitu meskipun ada yang mempunyai jaringan LTE-A.

Bahkan, kajian itu turut mendedahkan kelajuan terendah yang direkodkan berada di bawah standard minimum iaitu 1 Mbps.

“Kajian juga mendapati kualiti kelajuan muat turun jauh lebih baik ketika waktu pagi selain berasakan tahap kualiti perkhidmatan di kawasan bandar perlu diberi perhatian,” katanya dalam kajian dikongsikan KRI pada Isnin.

Meskipun ramai menganggap kualiti di bandar lebih baik berbanding di luar bandar namun kajian menunjukkan peserta di kawasan Lembah Klang menerima tahap kualiti perkhidmatan yang berbeza, ada yang laju dan ada yang tidak.

Dalam pada itu, Muhammad Nazhan berkata, walaupun kadar liputan rangkaian jalur lebar mudah alih di Malaysia adalah tinggi tetapi ia tidak menjamin kualiti perkhidmatan kepada pengguna.

“Masalah kualiti dalaman seperti di dalam bangunan, pejabat dan rumah boleh berlaku disebabkan degradasi isyarat malah kualiti perkhidmatan boleh terganggu apabila trafik data dan jumlah pengguna meningkat seperti di kawasan bandar,” ujarnya.

Tambahnya, berdasarkan analisis daripada laporan SKMM dan Opensignal serta ujian kelajuan muat turun yang dijalankan, perkhidmatan jalur lebar di Malaysia masih memerlukan penambahbaikan infrastruktur yang segera.

Justeru, beliau menggariskan tiga teras untuk strategi pembangunan infrastruktur telekomunikasi di Malaysia.

“Pertama, pihak berkaitan perlu sentiasa memastikan jaringan dan servis terbaik di setiap lokasi termasuklah yang kawasan yang ‘tiada pulangan’.

“Kedua, pendekatan ‘sediakan payung sebelum hujan’ perlu diterapkan bagi memastikan infrastruktur sedia ada dan yang akan dibangunkan sentiasa bermanfaat.
“Ketiga, penggunaan dana yang lebih luas dan pengaturan yang leb

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker