[VIDEO] ‘Bersamurai dan Berparang’ Kerana seorang wanita, sembilan lelaki ditahan polis Kuching

KUCHING: Gara-gara seorang wanita, sembilan lelaki ditangkap selepas terlibat dalam pergaduhan di hadapan Chong Lin Plaza, di Jalan Green pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata kesemua suspek lelaki tempatan berusia antara 20 hingga 35 tahun ditangkap di sekitar Kuching dan Padawan.

Menurutnya, kejadian berlaku sekitar pukul 5 petang di depan sebuah apartment, di Kuching.



“Siasatan awal mendapati, kejadian berlaku melibatkan dua pihak yang disyaki berpunca daripada seorang wanita dan perasaan tidak puas hati antara satu sama lain.

“Malah kesemua suspek masing-masing bersenjatakan parang, rotan dan pedang samurai,” katanya.

Bertindakan atas maklumat, tambah Awang Din, pihaknya melakukan operasi dan berjaya membuat tangkapan pertama pada pukul 12 tengah malam di sekitar Kuching serta Padawan.

Kesemua sembilan suspek ditahan reman dan beberapa senjata yang digunakan termasuk dua kereta dirampas bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.-Awani



VIDEO DIBAWAH:-

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=3FLcrAOh3Cs[/embedyt]

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker