Mohd Isam Sempurnakan Penyerahan Rumah PPRS Dan Sumbangan Hari Natal
Mohd Isam Sempurnakan Penyerahan Rumah PPRS Dan Sumbangan Hari Natal

GEMAS, 18 Dis – Kerajaan sentiasa berusaha memastikan kesejahteraan rakyat melalui pelbagai inisiatif dan program bantuan bagi membolehkan rakyat hidup dengan lebih selesa dan menyumbang secara positif kepada kesejahteraan negara secara keseluruhan.
Dalam hal ini, Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa telah menyempurnakan majlis penyerahan kunci kepada para penerima rumah Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) di Ulu Ladang, Gemas pada Selasa.
Ujarnya, pelaksanaan program seperti PPRS amat penting dalam usaha meningkatkan kualiti hidup masyarakat luar bandar.
“PPRS merupakan salah satu program pembasmian kemiskinan luar bandar yang menyediakan bantuan bina baharu atau pembaikan rumah kepada golongan miskin dan miskin tegar untuk memiliki kediaman yang selamat dan selesa dan seterusnya memastikan kumpulan sasar ini dapat meneruskan kelangsungan hidup dengan lebih baik,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Mohd Isam memaklumkan telah telah menyampaikan sumbangan kepada 15 buah gereja di sekitar Parlimen Tampin menjelangnya sambutan Hari Natal 2025.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- ‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’
- Rombakan Kabinet: Portfolio BN ‘Daya Sentuh’ Tinggi Terhadap Ekonomi Rakyat – Penganalisis
- BN Perlu Menyerlah, Pulihkan Keyakinan Rakyat Terhadap Politik Yang Berfungsi
‘Jangan Lagi Singgung Perasaan, Sensitiviti Rakyat… Ini Masa Untuk Bekerja’

Katanya, walaupun berbeza kepercayaan, semangat kebersamaan dan saling menghormati inilah yang menjadi kekuatan masyarakat kita.
“Moga sumbangan kecil ini dapat menceriakan persiapan sambutan Hari Natal dan mengeratkan lagi hubungan sesama kita. Selamat menyambut Hari Natal kepada semua yang meraikannya. Semoga terus hidup dalam suasana aman, harmoni dan penuh kasih saying,” katanya lagi. – UMNO Online
Mohd Isam Sempurnakan Penyerahan Rumah PPRS Dan Sumbangan Hari Natal
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rombakan Kabinet: Ketelusan Pelantikan Penting Demi Keyakinan Rakyat – Shaiful Hazizy
- UMNO Sabah Kenal Pasti Empat Bakal Calon PRK Kinabatangan, DUN Lamag
- Rombakan Kabinet: Portfolio BN ‘Daya Sentuh’ Tinggi Terhadap Ekonomi Rakyat – Penganalisis
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tahniah Menteri WP Baharu, Mohd Rafi Harap Labuan Diangkat Semula Agar Tidak Ketinggalan
You must be logged in to post a comment.