Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak

Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak

“Perjalanan hidup setiap insan berbeza. Kita sentiasa doakan dan harap yang terbaik dalam kehidupan kita.”

Itu catatan terbaharu bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Facebook rasminya menjelang keputusan rayuan terakhirnya berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Dalam luahan itu, Najib berkata, beliau kadang kala berasa usaha dan kebaikan dilakukannya hanya sia-sia.

“Ada kalanya kita merasa usaha dan kebaikan yang kita lakukan sia-sia. Ada kalanya kita merasa susah hati dengan ujian dan dugaan.

“Dengan fitnah dan penganiayaan, dengan harapan yang diakhiri dengan kegagalan,” katanya.

Najib turut meluahkan keikhlasannya dibalas dengan pengkhianatan.

“Dengan keikhlasan yang dibalas dengan pengkhianatan. Ada kalanya kita merasa kita… keseorangan,” luahnya.

Selasa ini, Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dijangka membuat ketetapan berhubung kes penyelewengan dana SRC International yang dihadapi Ahli Parlimen Pekan berkenaan.

Ketika ini, mahkamah hanya menunggu sama ada peguam utama Najib akan membalas hujahan pendakwaan atau sebaliknya.

Jumaat lalu, Hisyam Teh Poh Teik selaku peguam utama Najib memaklumkan pasukannya tidak akan mengemukakan hujahan lisan untuk anak guamnya.

Tengku Maimun bagaimanapun dipetik berkata, mahkamah akan menangani perkara itu pada Selasa ini.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 15 hingga 19 Ogos lalu serta 23 hingga 26 Ogos untuk mendengar rayuan berkenaan.

Sehubungan itu, ramai dalam kalangan pengamal undang-undang berpendapat bahawa mahkamah tertinggi berkenaan boleh membuat keputusan serta-merta walaupun tiada hujahan daripada peguam Najib.

Keikhlasan dibayar pengkhianatan – Najib Razak


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)

MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker