Ahli akademik Iran gelar Ratu Elizabeth penjenayah dunia, setaraf Adolf Hitler

Ahli akademik Iran gelar Ratu Elizabeth penjenayah dunia, setaraf Adolf Hitler

TEHERAN – Seorang ahli akademik Iran menggelarkan mendiang Ratu Elizabeth II sebagai salah seorang penjenayah terbesar dalam sejarah umat manusia, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Individu tersebut, Foad Izadi yang menjadi tetamu jemputan stesen televisyen Iran, Channel 1, turut menyamakan baginda dengan pemerintah Nazi Jerman, Adolf Hitler dalam beberapa kenyataan yang lantang.

Ketika kebanyakan negara dan pemimpin dunia berkabung atas kemangkatan Ratu Elizabeth II, beliau pula menganggap pemergian baginda sebagai satu berita baik untuk rakyat di negara-negara tertindas.

“Legasi Ratu Elizabeth II dipenuhi dengan jenayah, kekejian dan kekotoran.

“Kemangkatan baginda tidak perlu ditangisi,” tegasnya.

Foad berkata, gelaran yang dinyatakan olehnya adalah berdasarkan pencerobohan tentera Britain di seluruh dunia yang dilakukan di bawah nama baginda.

“Angkatan bersenjata Britain adalah angkatan tentera Ratu.

“Jadi, kita hanya mempunyai segelintir individu yang terlibat dalam begitu banyak kekejaman pada abad lalu seperti Hitler sebagai contoh, beberapa Presiden Amerika Syarikat terdahulu dan Ratu Elizabeth II.

“Jumlah orang yang terbunuh dalam pencerobohan tersebut mencecah jutaan nyawa dan Ratu Elizabeth II secara tidak langsung bertanggungjawab untuk perkara itu,” kata Foad.

Pendekatan berbeza diambil oleh pemerintah negara yang turut berada dikategorikan ‘musuh’ kepada Britain seperti Russia dan China yang secara terbuka mengucapkan takziah kepada keluarga diraja Britain itu.

Bagaimanapun, Kementerian Luar Iran tidak memberi sebarang ulasan atau komen mengenai kenyataan yang dikeluarkan oleh Foad.

Pihak kementerian juga memilih untuk tidak membuat apa-apa kenyataan rasmi mengenai kemangkatan Ratu Elizabeth II dan kenaikan takhta Raja Charles III sebagai monarki baharu. K Online

Ahli akademik Iran gelar Ratu Elizabeth penjenayah dunia, setaraf Adolf Hitler


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin

Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker