Jamil Khir dilantik Penasihat Agama kepada PM



Jamil Khir dilantik Penasihat Agama kepada PM

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob melantik Ketua Umno Kedah Jamil Khir Baharom, sebagai Penasihat Agama.

Jamil yang mengesahkan pelantikannya kepada FMT, bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung tarikh pelantikannya itu.

“Terima kasih, tak payah la kot sebut pasal tarikh,” katanya ketika dihubungi FMT.

Beliau sebelum ini pernah dilantik sebagai menteri yang bertanggungjawab menjaga hal ehwal Islam dalam kerajaan Barisan Nasional (BN), pada 2009 hingga 2018.




Jamil pernah dilantik sebagai Senator di Dewan Negara bermula 2009 hingga 2013 dan pernah menjadi Ahli Parlimen Jerai, pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Bagaimanapun, beliau gagal mempertahankan kerusi berkenaan pada PRU14 lalu.

Pada Oktober, bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat Azalina Othman Said, dilantik sebagai Penasihat Khas Undang-undang dan Hak Asasi.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan, dilantik sebagai Pengarah Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri (PMO), juga pada bulan sama.

FMT sedang mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Perdana Menteri (PMO) berkenaan pelantikan berkenaan. FMT




Jamil Khir dilantik Penasihat Agama kepada PM


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Mas Khan Lamar Diana Nasimuddin Dalam Majlis Indah

Bukti disembunyikan, Najib buat laporan polis



Leave a Reply

Your email address will not be published.