Pas dakwa dikhianat Bersatu rebut DUN Ayer Hangat

Pas dakwa dikhianat Bersatu rebut DUN Ayer Hangat

Perikatan Nasional di Langkawi, Kedah didakwa bergolak selepas berlaku perebutan antara Pas dan Bersatu terhadap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hangat.

Sumber berkata, Pas terkilan apabila Bersatu tidak mengotakan janji untuk membenarkan parti itu meletakkan calon di DUN Ayer Hangat.



Katanya, Pas berlapang dada ketika Bersatu menamakan Datuk Mohd Suhaimi Abdullah sebagai calon Ahli Parlimen Langkawi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) yang lalu.

“Ketika Datuk Suhaimi dinamakan sebagai calon Langkawi bagi PRU15, Bersatu Langkawi secara keras menolak calon luar.

“Tetapi Pas berlapang dada menyambut dan Yang Dipertua Pas Langkawi Zubir Ahmad menjadi wakil calon.

“Itulah pengorbanan terbesar yang Pas Langkawi lakukan demi persahabatan,” kata sumber.



Beliau berkata, Pas akan terus membuat tentangan sekiranya Bersatu masih mahu meletakkan calon di DUN Ayer Langat yang dianggap sebagai perbuatan khianat.

Sumber tidak menolak kemungkinan Pas akan meletakkan calon bebas sekiranya Bersatu terus berkeras merebut kerusi berkenaan. MG

Pas dakwa dikhianat Bersatu rebut DUN Ayer Hangat

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bell dedahkan pernah dihina pengarah terkenal

Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35



Berani Buat Tahi – Shakilla Khoriri Cari Penghantar Emel

Netizen Terkejut Tengok Dress ‘Private Party’ Lana Nodin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker