Budak perempuan gigit ular hingga mati

SE dilaporkan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan selepas insiden digigit dan menggigit ular di belakang rumahnya. – Unilad

 

ANKARA, Turkiye – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun di Turkiye melakukan sesuatu di luar jangkaan apabila menggigit seekor ular hingga mati, lapor stesen penyiaran NDTV baru-baru ini.

Kejadian pelik lagi mengejutkan itu berlaku di Kampung Kantar, dekat Bingol pada 10 Ogos lalu.

Kanak-kanak  dikenali sebagai SE itu dikatakan sedang bermain dengan ular tersebut di laman belakang rumah apabila reptilia itu mematuknya.



Berang dengan situasi itu, SE bertindak menggigit semula ular itu sehingga haiwan itu mati.

Jiran SE bergegas ke lokasi kejadian di belakang rumah mangsa selepas mendengar jeritan kuat kanak-kanak itu.

“Jiran memberitahu dia melihat SE sedang menggigit ular sepanjang 50 sentimeter di mulutnya dan terdapat kesan gigitan ular di mulutnya.

“Mereka memberikan bantuan kecemasan kepada SE sebelum membawanya ke hospital untuk rawatan tetapi doktor mengesahkan anak saya tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata bapanya, Mehmet Ercan.



SE dipercayai digigit dan menggigit ular yang tidak berbisa memandangkan tiada sebarang kesan racun dikesan pada tubuh kanak-kanak itu. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua polis trafik mengamuk dakwa petugas media sentuh punggung isteri

Nabil Terduduk Tiket Konsert Billie Eilish ‘Burn’ Hampir RM3,000 (Video)



MYDIN Sambut Ulang Tahun Ke-65 Dengan Promosi Serendah 65 Sen



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker