Lelaki gunting Jalur Gemilang ditahan polis

Lelaki gunting Jalur Gemilang ditahan polis

SEORANG penganggur yang menggunting Jalur Gemilang berdekatan Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Jalan Ampang, tengah hari semalam berjaya ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, suspek warga tempatan berusia 41 tahun itu ditahan pada pukul 12.30 tengah hari tadi dan akan direman esok bagi membantu siasatan.



Mengulas lanjut, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian seperti di dalam sebuah klip video yang tular di media sosial pada pukul 12 tengah hari tadi.

Katanya, kejadian terbabit dipercayai berlaku pada pukul 12.37 tengah hari semalam.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai untuk menyalurkan maklumat ke atas sebarang aktiviti menyalahi undang-undang di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran. Utv



Lelaki gunting Jalur Gemilang ditahan polis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman



Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker