Calon DAP Pengerusi Johor Bawa Syed Saddiq Sebagai Pencadang

Calon DAP Pengerusi Johor Bawa Syed Saddiq Sebagai Pencadang

JOHOR BARU: Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, menarik perhatian apabila tiba di Pusat Penamaan Calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perling dengan membawa Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai pencadangnya.

Kedua-dua pemimpin politik itu tiba di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim Johor Baru, pada jam 9.05 pagi.

Ketika ditanya mengenai kehadiran Syed Saddiq, Chin Tong berkata Presiden MUDA itu memang pencadangnya.

“Syed Saddiq pun calon Perling. Gurau je. Dia (Syed Saddiq) pencadang saya,” katanya kepada pemberita sebelum memasuki dewan itu.

“Saya kat sini sebagai pencadang. Saya ni orang Perling,” katanya.

Pusat Penamaan dan Penjumlahan Undi Pilihanraya Negeri (PRN) bagi DUN N46 Perling di Dewan Jubli Intan, Jalan Kolam Air, Johor Bahru. - Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Pusat Penamaan dan Penjumlahan Undi Pilihanraya Negeri (PRN) bagi DUN N46 Perling di Dewan Jubli Intan, Jalan Kolam Air, Johor Bahru. – Foto NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Chin Tong yang mewakili Pakatan Harapan (PH) dijangka berdepan saingan dua lagi calon iaitu Ketua Wanita MCA Pulai, Tan Hiang Kee dan calon Perikatan Nasional (PN) yang juga Naib Presiden GERAKAN, Khoo Siaw Lee.

Hiang Kee yang pertama tiba di pusat penamaan pada jam 8.45 pagi, diikuti Siaw Lee pada 8.49 pagi dan Chin Tong pada jam 9.05 pagi.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, wakil PH, Cheo Yee How memenangi kerusi itu dengan majoriti 19,533 undi.-BH

Calon DAP Pengerusi Johor Bawa Syed Saddiq Sebagai Pencadang

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Cecair Hitam, Busuk Keluar Daripada Paru-Paru Kanak-Kanak Positif COVID19

Dakwaan petunjuk baharu MH370

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker