Jiran saman ayam jantan berkokok 200 kali sehari

Friedrich dan Jutta mengambil tindakan itu selepas sudah tidak tahan mendengar bunyi kokokan Magda dan gagal mencari penyelesaian dengan jiran mereka. – Facebook

BERLIN – Sepasang suami isteri di Bad Salzuflen, barat Jerman memfailkan kes mahkamah ke atas jiran mereka kerana tidak tahan mendengar bunyi ayam jantan peliharaannya berkokok sehingga  200 kali sehari, lapor laman berita Oddity Central semalam.

Friedrich-Wilhelm, 76, dan isterinya, Jutta mendakwa bahawa mereka tidak dapat berehat dengan tenang sejak sekian lama disebabkan bunyi bising ayam jantan bernama Magda itu.

Ia mula berkokok sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan) setiap hari dan tidak berhenti berbunyi sehingga waktu senja apabila pemiliknya mengurung haiwan itu bersama ayam-ayam lain.

Selepas beberapa tahun cuba berunding dengan jiran mereka mengenai perkara itu, Friedrich dan Jutta akhirnya membuat keputusan membawa perkara itu ke mahkamah.

“Jiran kami enggan beralah mengenai isu ini dan kami mempunyai pilihan sama ada untuk meneruskan kehidupan seperti itu atau menang dalam perbicaraan.

“Kami tidak boleh menggunakan kawasan taman dan tidak boleh membuka tingkap. Kami sudah tidak tahan lagi,” kata Friedrich.

Friedrich dan Jutta juga dilaporkan telah merakam bunyi kokokan haiwan itu sebagai bukti mahkamah.

Menurut peguam mereka, Torsten Gieseke, ayam jantan terlebih aktif seperti Magda tidak boleh berada di kawasan perumahan yang tenang sambil menambah,  seorang lagi jiran terpaksa berpindah dua tahun lalu kerana tidak tahan dengan bunyi bising Magda.

Bunyi kokokan Magda juga turut diukur sekuat 80 desibel, bersamaan dengan bunyi bising restoran yang dipenuhi pengunjung atau jalan raya dengan kesesakan lalu lintas.

Hakim Mahkamah Daerah Lemgo dijadualkan mendengar kes itu tidak lama lagi. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Neil Armstrong Jejak Kaki Ke Bulan ‘Dibuktikan’ Hanyalah Sebuah Rakaman

Guru lesap selepas disyaki rogol 2 pelajar di Sarawak

Berdakwah jangan pilih bulu – Ifa Raziah

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker