PAS hanya pentingkan kuasa, sanggup lakukan apa saja – PH Pahang

PAS hanya pentingkan kuasa, sanggup lakukan apa saja – PH Pahang

Tidak ada keperluan untuk penyokong Pakatan Harapan (PH) untuk membantu Pas menumbangkan Barisan Nasional (BN) di Pahang.

Walaupun PH mempunyai visi dan impian yang sama dengan Pas untuk menumbangkan Kerajaan BN di negeri itu namun PH tidak dapat melupakan bahawa parti itu turut bersekongkol menumbangkan Kerajaan PH pada Februari 2020.

Dalam satu kenyataan bersama oleh pemimpin PH Pahang, mereka mendakwa tidak ada sebarang jaminan bahawa kerjasama dengan Pas akan memberikan hubungan politik yang stabil.

“Pas yang telah ‘tidur sebantal’ bersama BN melalui konsensi Muafakat Nasional, hanya berpisah dan kembali memusuhi BN semula setelah menjalinkan hubungan luar dengan Bersatu dan kemudiannya menubuhkan Perikatan Nasional.

“Tindakan ini menunjukkan bahawa Pas adalah satu parti yang hanya mementingkan kuasa dan sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan kuasa.

“Tindakan ini juga membuktikan bahawa sebarang kerjasama dengan Pas tidak menjamin sesuatu hubungan politik yang stabil dan utuh,” katanya.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Ketua Angkatan Muda Harapan Pahang, Young Syefura Othman; Ketua Angkatan Muda PKR Pahang, Mohd Mustaqim Abd Jalil; Ketua Pemuda Sosialis DAP Pahang, Leong Wai Hong dan Ketua Pemuda Amanah Pahang, Muhammad Ibrohim Mazalan.

Tambahnya, ketika ini kedudukan PH di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang lebih kukuh jika dibandingkan dengan Pas.

PH mempunyai sembilan kerusi berbanding dengan Pas yang hanya mempunyai lapan kerusi.

“Satu soalan yang ingin diajukan kepada Pas ialah bolehkah Pas memberikan jaminan untuk tidak bertanding di sembilan kerusi yang dimenangi oleh PH di Pahang dan memastikan komponen mereka dari PN juga tidak bertanding di kerusi-kerusi tersebut?

“Oleh itu, saranan dari Ketua Pemuda Pas ini wajar dibalas dengan perkataan Inggeris yang berbunyi thank you, but no thank you”.

“Tiada keperluan bagi penyokong PH untuk memberikan sokongan kepada Pas mahupun PN yang menjadi punca kejatuhan kerajaan PH di peringkat persekutuan dan menjadi satu kerajaan paling gagal dalam sejarah politik negara kita,” katanya.

Ketua Pemuda Pas Ahmad Fadhli Shaari dalam kenyataan semalam bersungguh-sungguh mengajak penyokong DAP dan PKR mengundi parti itu untuk menjatuhkan kerajaan BN di Pahang.

Menurut Ahli Parlimen Pasir Mas itu, Pas berpotensi untuk menguasai Pahang jika pengundi kedua-dua parti memberikan sokongan untuk menewaskan UMNO.

Ini kerana Pas mempunyai kedudukan yang kukuh di Pahang dan sekiranya sokongan diberikan parti itu mampu menumbangkan Kerajaan BN di negeri tersebut. MG

PAS hanya pentingkan kuasa, sanggup lakukan apa saja – PH Pahang


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kau ingat gelek dalam khalayak itu dapat pahalakah? – Ahmad Dasuki

Jeslina Hashim dikecam tayang punggung

Polis Tunjuk ‘Thumbs Up’ Kepada Pemandu Lori Bantu Halang MPV (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker