Muafakat Nasional Selangor sudah lebih sebulan tiada pertemuaan rasmi

SHAH ALAM: Lebih sebulan UMNO dan Pas di negeri ini tidak mengadakan pertemuan rasmi untuk membincangkan kerjasama mereka dalam mendepani Pilihan Raya Umum (PRU) menguatkan lagi jangkaan Barisan Nasional (BN) akan bergerak solo untuk menghadapi PRU-15 nanti.

Bagaimanapun, kepimpinan kedua-dua parti itu tidak menunjukkan tanda-tanda bermusuhan, sebaliknya mereka memaklumkan ketika ini mematuhi arahan daripada pimpinan tertinggi untuk memberi tumpuan kepada parti masing-masing.

Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, partinya di negeri ini memegang keputusan daripada kepimpinan pusat supaya kekal dengan keputusan ‘penyatuan ummah’ bersama UMNO dan juga Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

“Perbincangan (resolusi) antara Pas dan UMNO di Selangor masih berjalan walaupun lebih sebulan tidak bermesyuarat. Tetapi, (Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor) Tan Sri Noh Omar masih positif dengan penyatuan ummah di negeri ini.



“UMNO dan kita masih bersedia untuk menghadapi PRU nanti. Pas Selangor kekal dengan keputusan Pas Pusat penyatuan ummah bersama UMNO dan bersatu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sementara itu, Setiausaha Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Kamaruzzaman Johari menjelaskan, kedudukan kerjasama antara UMNO dan Pas di negeri ini berada dalam ‘status quo’, namun mengutamakan arahan daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Menurutnya, bagaimanapun keputusan daripada MKT yang memperlihatkan arah tuju BN Selangor bergerak secara solo menyebabkan konsep penyatuan ummah dengan Pas kelihatan tergantung.

“Betul, kita (BN) Selangor memang sentiasa terbuka, kita pun memang hendak ke arah itu, tetapi keputusan di peringkat MKT adalah sebaliknya. Itu yang dari dulu kita tersangkut. Kita tak mahu dilihat berlawanan dengan keputusan daripada MKT.



“Jadi, setakat ini memang kita rasakan itulah di antara keputusan yang kita buat untuk menang di Selangor. Kita tak mahu bertentangan dengan keputusan MKT, sebab itu kita pun, yalah.. kadang-kadang kita buat juga macam ada program bersama, jemputan-jemputan mesyuarat, kita datang,” jelasnya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kau ingat gelek dalam khalayak itu dapat pahalakah? – Ahmad Dasuki

Jeslina Hashim dikecam tayang punggung

Polis Tunjuk ‘Thumbs Up’ Kepada Pemandu Lori Bantu Halang MPV (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker