Menteri Kanan Pertahanan kata tiada peruntukan dana tambahan untuk LCS

Tiada dana tambahan diperuntukkan sekiranya kapal tempur pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia yang pertama tidak disiapkan mengikut jadual, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata tumpuannya kali ini adalah memastikan dalam masa terdekat ini, kapal pertama LCS dapat disempurnakan.

“Jadi saya hendak tengok apa yang dah dirancang, apa yang telah dibentangkan kepada kabinet, apa yang telah saya jawab di Dewan Negara dapat disempurnakan, dan ujiannya adalah kapal pertama tadi. Kapal pertama ini tidak akan menerima suntikan dana terbaru.



“Buktikan kepada saya yang kita boleh siapkan kapal (LCS) pertama dahulu. Kalau kapal pertama pun tak boleh siapkan seperti agenda di bawah pelan kita kali ini, tidak guna kita fikirkan dana tambahan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat Kementerian Pertahanan dan Jubli Emas Lembaga Tabung Angkatan Tentera ke-50, di Wisma Pertahanan, di Kuala Lumpur hari ini.

Sementara itu Hishammuddin menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa tiada sebarang perkembangan langsung berhubung pembinaan kapal LCS, malah menurutnya aset berada dalam pelbagai peringkat pembinaan.

“Yang penting dengan perancangan yang tulus, dengan pembentangan kepada semua, itulah harapan kita semua. Kapal pertama, kedua dan selanjutnya. Ada perancangan lain seperti pembinaan kapal misi pesisir (LMS) yang kedua, kita harap ia dapat dipenuhi dan kita dapat sampaikan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia,” katanya.



Mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), Hishammuddin berkata semua perkara sedang dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dan akan disembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mendapatkan pandangan.

“Sebab itulah saya harap jangan kita hanya memikirkan isu RCI sahaja kerana kertas laporan yang diumumkan telah pun dalam proses diklasifikasi, proses mobilisasi, untuk melihat ke hadapan, projek ini sedang berjalan rancak sekarang,” katanya.

Semalam, Hishammuddin sewaktu menggulung perbahasan usul berkaitan projek LCS di Dewan Negara berkata beliau akan membawa cadangan oleh beberapa ahli Dewan Negara berhubung penubuhan RCI bagi menyiasat skandal LCS ke kabinet hari ini.

– Bernama



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Kau ingat gelek dalam khalayak itu dapat pahalakah? – Ahmad Dasuki

Jeslina Hashim dikecam tayang punggung



Polis Tunjuk ‘Thumbs Up’ Kepada Pemandu Lori Bantu Halang MPV (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker