Saya akan terus setia dengan Bossku -Thanenthiran

Saya akan terus setia dengan Bossku -Thanenthiran

“Jika anda jumpa saya pada hari pertama perbicaraan mahkamah 2018 dan anda jumpa saya hari ini, saya masih setia bersama ‘Bossku’ (Datuk Seri Najib Razak).

Itulah reaksi Presiden Makkal Sakti, Datuk Seri RS Thanenthiran yang yakin walaupun perjalanan prosiding bekas perdana menteri itu lebih empat tahun namun beliau percaya kebenaran akan muncul juga.

Malah sesiapa yang membuat liputan kes-kes berkaitan dengan bekas Presiden Barisan Nasional (BN) pastinya akan perasan kelibat Thanenthiran bersama Najib.

Walaupun ada kalanya Thanenthiran akan berulang alik dari kediamannya di Butterworth, Pulau Pinang saban prosiding selain sibuk menerajui Makkal Sakthi namun beliau tidak pernah putus asa.

Beliau akan sentiasa setia bersama Najib, tidak kira apa jua keadaan.

“Terlalu banyak masyarakat India di negara yang terhutang budi ketika Najib memimpin negara, kami semua terhutang budi dengannya. Suka atau tidak itulah hakikatnya. Kerana itu jatuh bangun beliau, saya ingin berada di sisinya tidak kira apa yang berlaku di sekeliling.

“Ketika beliau menjadi perdana menteri, beliau memberikan pelbagai keistimewaan, peruntukan, jawatan dan segala macam lagi. Terlalu banyak yang diberikan oleh beliau ketika itu, ketika ini juga beliau terus menyumbang bakti, masa dan segalanya.

“Siapa yang tidak kenal Najib? Ada juga yang suka berbicara ‘buruk atau negatif’ tentangnya sepanjang waktu tetapi jika pihak itu berfikir sejenak, tahulah kamu Najib itu seorang yang mempunyai aura istimewa, komited serta memiliki semangat perjuangan cukup tinggi dan empati terhadap masyarakat dan rakyat.

“Sepanjang saya kenali Najib, mungkin lebih 18 tahun tetapi ini jika hendak dibandingkan segelintir lagi lama mereka kenali beliau. Namun untuk saya, angka itu seperti saya mengenali seumur hidup,” katanya.

Awal pagi semalam , Thanenthiran sudah hadir bersama-sama Najib yang menghadiri prosiding rayuan terakhir bekas Menteri Kewangan itu terhadap sabitan dan hukuman atas kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan.

Malah beliau yakin dengan barisan peguam baharu menggantikan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah termasuk Hisyam Teh Poh Teik.

“Hari ini anda sendiri tengok, mahkamah begitu padat. Saya bersama ‘Bossku’ sepanjang hari termasuklah berada dalam mahkamah ketika prosiding sedang berlangsung. Ini adalah hari penting kerana kemenangan ini akan membuktikan kebenaran.

“Mengapa saya begitu yakin dan tidak goyah? Kerana terlalu banyak fakta tidak berasas, sumber serta bukti baharu yang sedang dipersembahkan ketika ini kepada Mahkamah Persekutuan sebenarnya cukup penting bagi membuktikan Datuk Seri Najib Razak tidak bersalah, jatuh hukum ini tidak berasas sama sekali.

“Secara peribadi saya merasakan peguam, Hisyam telah berhujah dengan begitu baik sekali, terus kepada fakta tanpa ‘pusing-pusing’. Keadilan perlu ditegakkan secara saksama dan betul. Semoga badan perundangan tahu bahawa sememangnya telah wujud conflict of interest dalam kes ini.

“Kebenaran akan muncul walaupun lambat, itulah realitinya. Semoga Bossku akan diberikan segala kekuataan bagi mengharungi semua dugaan ini, kami dari Makkal Sakthi akan berdiri teguh tanpa goyah untuk beliau sehingga ke akhirnya,” katanya.

Prosiding rayuan akhir membabitkan Najib bermula dengan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat mendengar permohonan untuk memasukkan bukti baharu antaranya membabitkan hakim bicara, Datuk Mohd. Nazlan Mohd. Ghazali.

Pihak pembelaan yang diketuai peguam, Hisyam memohon panel terbabit menerima masuk tujuh set dokumen penting. MG

Saya akan terus setia dengan Bossku -Thanenthiran


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]

Tembelang Pengkid ‘Mohd Syahid’ Pecah

Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker