Majlis perkahwinan mewah tetapi tidak mampu bayar jurugambar
JAKARTA – Seorang jurugambar meluahkan rasa terkilan terhadap sepasang pengantin baharu yang tidak mampu membuat pembayaran kepadanya meskipun mengadakan majlis perkahwinan di hotel mewah, lapor laman berita Suara.com hari ini.
Berdasarkan klip video yang dikongsikan, jurugambar tersebut berkata, pelanggannya berkahwin di sebuah hotel bertaraf empat bintang di Bekasi, wilayah Jawa Barat.
Pasangan pengantin itu juga dikatakan berasal daripada golongan berkemampuan berdasarkan keadaan majlis perkahwinan yang diadakan
“Hati saya berasa amat sakit kerana pandangan saya terhadap mereka tidak sama dengan realiti yang berlaku.
“Semua kerja keras, waktu dan tenaga kami tidak dihargai,” kata jurugambar berkenaan.
Tambahnya, dia sudah beberapa kali bertanyakan hal itu kepada pasangan berkenaan, namun pembayaran masih juga belum dibuat.
“Semoga selepas menonton video ini mereka dapat membuat pembayaran kerana semua gambar dan video sudah siap,” katanya.
Video tersebut menjadi tular dengan pelbagai komen diberikan netizen.
“Kalau mahu mengadakan majlis, pastikan mengikut kemampuan. Jangan hanya mampu bergaya tetapi menyusahkan orang lain,” kata seorang netizen.
“Jangan diberi gambar-gambarnya, tunggu sehingga bayaran dibuat,” ujar seorang lagi pengguna. – Agensi
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Dakwa bapa tak ajar solat, isteri Aizat mohon jangan ‘judge’
- Yasmin, Alif belum tetap tarikh kahwin
- Tak perlu tanam semula, pokok hutan akan tumbuh sendiri – Sanusi
- Wan Saiful meroyan sebab jawatan
- ‘Misteri’ batu nisan dicabut, gelandangan di Sibu ditahan
- Dakwa peniaga jika status halal makanan diragui – Mufti
- Saya akan terus setia dengan Bossku -Thanenthiran
- Ismail laksana pelbagai pembaharuan politik radikal sejak ambil alih pentadbiran – Khaled
- Kes Amar Singh: Beberapa individu akan dirakam keterangan – Polis
- Guru siram pelajar tidur dalam kelas
- Penyiasat paranormal dedahkan kewujudan hantu di setiap rumah
- Hafiz Mahamad tanggung 120 staf kerjakan umrah
- Nak Cabar Siapa Sebenarnya? – Ustazah Asma
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Rider Tersangkut Semasa Tunjuk ‘Kung-Fu’ Di Hadapan Orang Ramai (Video)
You must be logged in to post a comment.