#PRNJohor: Hina Najib, Formula Menang

Oleh Nurul Aishah

Berbaki empat hari lagi bangsa Johor akan menentukan kerajaan negeri yang bakal memerintah negeri tersebut selama 5 tahun akan datang.

Kerajaan yang stabil untuk jangkamasa itu akan menentukan bagaimana rakyat dibela dan negeri dapat dimakmurkan.



Sepanjang siri kempen Pilihanraya Negeri(PRN) Johor amat berbeza dengan apa yang berlaku di Melaka. Sepanjang Pilihanraya Negeri(PRN) Melaka, jarang sangat kedengaran pihak lawan Barisan Nasional menyerang Najib Razak seperti apa yang berlaku di Johor.

Ungkapan ‘Najib banduan’, ‘Najib bersalah’, ‘Banduan tidak wajar diberi kebebasan bergerak sana-sini’ dimainkan hampir di setiap ceramah. Tujuannya hanya satu, menyekat kemaraan rakyat yang semakin mendekati Najib Razak kemana sahaja beliau turun berkempen.

Tidak kedengaran langsung isi ceramah Mahathir, Anwar, Muhyiddin, Hadi Awang dan lain-lain tentang apa yang mereka ingin lakukan apabila mereka menjadi kerajaan.

Mereka kesemuanya telah melancarkan manifesto masing-masing tetapi dilihat tidak berani mengupas isi kandungan manifesto tersebut sebaliknya memilih untuk menghina Najib sekeluarga. Isteri bekas perdana menteri turut juga dicaci maki di dalam ceramah mereka.



Mahathir di dalam keadaan uzur sanggup turun ke Johor semata-mata untuk menghina Najib dengan gelaran ‘Najib Bodoh’ dan perompak. Tidak cukup ceramahnya di Ayer Hitam, Mahathir mengulangi lagi cercaan dan hinaan tersebut di dewan parlimen.

Muhyiddin juga hampir setiap masa mengutuk Najib Razak di ceramah yang beliau hadiri. Bukan setakat mengutuk, Muhyiddin memutar belit fakta bahawa ketika beliau menjadi perdana menterilah banyak jasa yang beliau lakukan kepada rakyat.

Najib dilihat begitu tenang. Apabila diajukan soalan oleh media, Najib menjawab bahawa Muhyiddin menipu. Sehingga ke saat ini, tawaran berdebat dari Najib kepada Muhyiddin tidak terjawab terutama di dalam isu peneroka.

Tiada yang dapat menghalang rakyat Johor menyambut kedatangan Najib dengan sambutan yang amat meriah. Semakin dikutuk, dihina dan dicerca, semakin ramai yang keluar untuk tunjukkan sokongan terhadab Najib Razak.



Mungkin bagi parti anti UMNO Barisan Nasional, untuk menang di Johor kena terus menerus menghasut rakyat supaya membenci Najib.

Mereka lupa, hampir kesemua itu mempunyai sejarah buruk dengan istana Johor. Bangsa Johor tidak lupa.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker