‘Bapa sukan bina badan negara’ Gan Boon Leong meninggal dunia

MELAKA: Atlet yang mendapat julukan sebagai ‘Bapa Sukan Bina Badan Negara’ Datuk Gan Boon Leong, 84, meninggal dunia pada pukul 1.30 pagi tadi akibat lemah jantung.

Anaknya, Gan Tian Loo berkata mendiang bapanya yang sebelum itu dirawat di sebuah hospital di sini, telah dibenarkan pulang tengah hari semalam, dan ditempatkan di sebuah pusat penjagaan di sini, sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir awal pagi ini.

“Mayat mendiang kini ditempatkan di pejabatnya di Jalan Jonker untuk memberi peluang kepada orang ramai memberi penghormatan terakhir, dan akan dikebumikan pada Jumaat ini di Bekok, Johor,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Di samping pernah merangkul gelaran Mr Universe, Mr Asia dan Mr Malaysia, mendiang Gan juga pernah dilantik menjadi Presiden Persekutuan Bina Badan Malaysia, Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia, Naib Pengerusi Persekutuan Bina Badan Asia dan Naib Pengerusi Asian Power Lifting Federation.

Dilahirkan pada 25 Ogos 1937, mendiang juga aktif dalam beberapa persatuan tinju dan tae kwan do terutama di peringkat negeri Melaka.

Bekas Pengerusi MCA Melaka itu meninggalkan seorang isteri, Datin Chong Kin Yock dan tujuh anak.

BERNAMA


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker