Rafizi Tidak Mampu Jawab Soalan Najib
Oleh Nurul Aisyah
MENJELANG Pilihanraya Umum ke 15 (PRU-15) Pakatan Harapan (PH) masih tidak mampu beralih ke fasa yang lebih jujur. Mereka masih dibelenggu dengan pendekatan menghasut kerana itu satu-satunya cara yang mereka tahu untuk memenangi PRU.
Mungkin PH lupa bahawa strategi tersebut telah menyebabkan rakyat Malaysia menderita. Malaysia satu-satunya negara yang mempunyai tiga Perdana Menteri untuk satu pilihanraya. Ekonomi negara merudum ke belakang ditinggalkan oleh negara-negara jiran.
Semua perkara ini menyebabkan rakyat berdendam dengan PH yang menipu mereka dengan formula luar tabii. Adakah mereka sanggup dipatuk ular dilubang yang sama dua kali? Sudah tentu tidak. Mereka sedang berkobar-kobar mahu menghukum PH dalam PRU15.
Tindakan PH yang cuba menggunakan isu projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) memakan diri apabila setiap fitnah yang mereka lemparkan ditangkis satu persatu oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Jentera propaganda DAP pernah mengagung-agungkan pembukaan sebahagian daripada lebuhraya Bukit Kukus yang dikatakan sebagai lebuhraya tertinggi di Malaysia sebagai “kejayaan kerajaan DAP pada awal tahun 2022.
Tahukah anda, projek yang dilancarkan Guan Eng pada tahun 2014 ini sebenarnya dijadualkan untuk disiap pada tahun 2017 tetapi mengalami kelewatan sehingga 5 tahun hanya untuk membuka sebahagian “highway” pada tahun 2022 ini? Malah, keseluruhan highway hanya dijangka siap pada tahun 2025 – iaitu kelewatan 8 tahun.
Bagi jalanraya pertama untuk projek terowong Pulau Pinang pula, kelewatan untuk memulakan projek adalah 7 tahun sejak kontrak utama ditanda tangan pada tahun 2013 ketika kerajaan DAP meterai perjanjian subkontrak pada tahun 2019 untuk memulakan kerja pembinaan.
Tiga tahun selepas perjanjian subkontrak ditanda tangan dan 9 tahun selepas kontrak utama ditanda tangan, satu inci jalan raya tersebut pun masih belum dibina. Namun dalam perkaraini, DAP tidak pula mengesa agar siasatan PAC terhadap kelewatan 5 tahun, 7 tahun, 8 tahun dan 9 tahun projek-projek mereka dibuat.
Dalam kes LCS, memang pembinaan kapal LCS menjadi lewat namun PH telah memburukkan lagi keadaan dengan memberhentikan projek tersebut dengan alasan siasatan Forensic Audit sedangkan siasatan tersebut boleh dibuat ketika pembinaan kapal diteruskan.
Ironinya PH dengan muka tebal tanpa rasa bersalah bertanya mana kapal LCS?
Apabila Datuk Seri Najib mengajukan soalan pula, mereka atau lebih tepat Rafizi tidak mampu menjawab soalan beliau.
Kenapa “progress” pembinaan 4 tahun selepas PRU14 cuma 3% sedangkan sebelum PRU14 tahap kemajuan pembinaan kapal LCS adalah 53%. Sekarang tahap kemajuan kapal LCS cuma 56%. Rafizi diam membisu.
https://fb.watch/eVCROR1PkE/