Kesetiaan saya pada agama, bangsa dan tanah air – Adun Rembia

Kesetiaan saya pada agama, bangsa dan tanah air – Adun Rembia

Adun Rembia Muhammad Jailani Khamis menegaskan beliau tidak pernah berpaling tadah daripada Umno, menjawab kontroversi kehadirannya ke program Perikatan Nasional (PN) di Johor, baru-baru ini.

Menang atas tiket Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka 2021, Jailani menjelaskan kehadirannya ke majlis pengumuman calon PN untuk PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, Rabu lalu atas kapasiti wakil Muafakat Nasional (MN).

“Ada juga kata saya berpaling tadah dan sebagainya…dulu dalam PKR pun tak pernah, saya ada bukti dua surat pemecatan pada dua tarikh berbeza.

“Saya tidak cakap pun soal itu (beralih ke PN), saya masih lagi percaya belum terlambat untuk semua umat Islam, Melayu dan Bumiputera bersatu di bawah naungan MN,” kata bekas exco kerajaan Melaka itu kepada FMT.


Baca Artikel Menarik:

Najib Perdana Menteri paling popular di Facebook


“Kesetiaan (saya) pada agama, bangsa dan tanah air…apa guna kita setia kepada parti tetapi menjahanamkan tiga itu,” katanya.

Mengulas surat tunjuk sebab akan diberikan Lembaga Disiplin Umno kerana tindakannya hadir program lawan, Jailani berkata beliau akan memberi maklum balas sewajarnya.

Semalam, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata surat tunjuk sebab akan diberikan kepada Jailani sebelum sebarang keputusan diambil terhadapnya.

Jailani, antara dua bekas exco Melaka di bawah pimpinan Sulaiman Ali yang tidak dicalonkan semula selepas Ab Rauf Yusoh dilantik ketua menteri pada Mac lalu.

Sebelum itu, Jailani menyifatkan pelantikan Rauf adalah tindakan mungkir janji manifesto Umno dan BN pada PRN 2021.


Baca Artikel Menarik:

Azmin Mula Menyerang Muhyiddin, Adakah PAS Di Belakangnya?


Pada Mac 2020, beliau antara empat wakil rakyat Pakatan Harapan (PH) di Melaka yang bertindak menyokong gabungan PN-BN menyebabkan kerajaan pimpinan Adly Zahari ketika itu tumbang.

Beliau menyertai semula Umno pada 2021 daripada PKR, lima tahun selepas meninggalkannya.

Kesetiaan saya pada agama, bangsa dan tanah air – Adun Rembia

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Pak Mail amat sayangkan Muhyiddin dengan Hadi

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jumpa kamu di alam lain Nad – Sharifah Sakinah

Aliff Syukri bengang pasal Ira dan Puteri Sarah

Berzina dengan ibu kandung

Saya tahu masalah Nad – Marsha Milan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker