Usaha baik Ismail Sabri pada Mara Digital Mall akan diteruskan – Mahdzir Khalid

JELEBU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar menerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara)  akan menambah baik  pusat jualan peralatan telekomunikasi dan teknologi maklumat, Mara Digital Mall di ibu negara.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Mara akan menambah baik pusat perniagaan tersebut dan meneruskan usaha yang dimulakan pada tahun 2015 serta dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang pada ketika itu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Mara tidak meninggalkan kawasan itu, kami masih meneruskan usaha dan menyambung apa yang Datuk Seri Ismail buat pada waktu itu.



“Peruntukan disediakan oleh Mara ketika ini iaitu untuk kerja-kerja penyelenggaraan Mara Digital Mall selain bantuan pembiayaan kepada usahawan-usahawan,”  kata beliau selepas merasmikan Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) Parlimen Jelebu di Pekarangan Kompleks UMNO Bahagian Jelebu di Simpang Pertang di sini hari ini.

Menurut beliau, kementerian mempunyai peruntukan untuk membantu usahawan tersebut bangkit semula akibat pandemik Covid-19.

Baru-baru ini, sebuah portal berita melaporkan peniaga-peniaga di Mara Digital Mall menggesa campur tangan Perdana Menteri bagi menghidupkan semula pusat perniagaan itu yang dikatakan kini suram dan sepi tanpa pelanggan

 



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker