Aizat sah suami Elyssa Alia dengan sekali lafaz

Aizat sah suami Elyssa Alia dengan sekali lafaz

PENYANYI popular, Aizat Amdan, 33, sah bergelar suami kepada pasangannya, Elyssa Alia Illias, 34, dengan sekali lafaz dalam majlis pernikahan yang berlangsung di A-Park, di Puchong, Selangor, 9.17 pagi tadi.

Mereka dinikahkan bapa pengantin perempuan, Leftenan Kolonel (B) Illias Moideen disaksikan jurunikah, Ustaz Idrus Mohd Shahlan dengan mas kahwin RM300.



Aizat ketika ditemui pemberita berkata, perkahwinan berkenaan adalah permulaan baharu untuk mereka.

“Ini adalah fasa dan permulaan baharu buat kami berdua. Dah lama orang tanya saya soalan mengenai jodoh, jadi inilah jodoh saya,” katanya.

Aizat dan Elyssa meyimpan impian untuk berbulan madu di Tulum, Mexico berkata, dia menyimpan angan-angan untuk membuka studio di tepi pantai.

“Manakala Elyssa pula ada impian untuk membuka sekolah menyelam serta vila di tepi pantai.



“Insya-Allah, November ini saya akan ke Los Angeles atas urusan kerja dan dah alang-alang, akan ke Tulum untuk bercuti,” katanya.

Turut hadir memeriahkan majlis adalah kira-kira 100 tetamu termasuk keluarga, rakan-rakan dan media.

Pihak pengantin lelaki menghantar tiga dulang hantaran, manakala pengantin perempuan membalas dengan lima dulang. Bagaimanapun jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Aizat dan Elyssa menjalinkan hubungan cinta selama tiga tahun sebelum membuat keputusan untuk berkahwin pada Januari, merisik pada Februari dan seterusnya melangkah ke alam perkahwinan.



Sebagai penghargaan, Aizat juga sebelum ini melancarkan lagu berjudul Hanya Kita Dua yang dihasilkan dan didedikasikan buat isterinya. E9

Aizat sah suami Elyssa Alia dengan sekali lafaz


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)

Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib



Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker