Boustead sangkal barangan di gudang LCS sudah usang

Peralatan dan barangan yang disimpan di gudang Boustead Naval Shipyard (BNS) masih belum usang, menurut CEO syarikat itu, Azhar Jumaat.

Bagaimanapun, Azhar mengakui bahawa barangan itu dalam proses untuk menjadi usang.

Dia berkata demikian ketika menyangkal laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) berhubung projek kapal tempur pesisir (LCS), yang menyatakan 15 peratus daripada barangan bernilai RM1.7 bilion boleh dikira sudah usang.



Dia berkata demikian ketika lawatan media ke tapak pembinaan kapal LCS di Lumut, Perak hari ini.

“Perkara utama yang dibangkitkan dalam laporan PAC adalah 15 peratus barangan sistem (yang disimpan di BNS) sudah usang. Dari aspek gambarannya, ia tidak tepat seluruhnya.

“Ia dalam proses untuk menjadi usang, ke arah keadaan usang. Kenapa ia dalam keadaan begitu adalah kerana sebahagian barangan disimpan untuk tempoh lama yang memerlukan penjagaan secara berkala,” katanya.

Katanya lagi, barangan tersebut boleh digunakan selama paling kurang 25 tahun dari sekarang dan sedia diangkut ke kapal.



Antara barangan yang disimpan adalah peralatan elektrik dan mekanikal, termasuk enjin kapal.

Azhar juga berkata pihaknya perlu memesan dan menyimpan barangan lebih awal memandangkan tempoh masa pembinaan yang lama, dan menjelaskan 20 bulan diperlukan untuk mengimport enjin utama kapal dari Jerman ke Malaysia.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Sifu Pemasaran Koyak Selepas Ditanya Soal Kejayaan Bisnes Terdahulu ( Video)



Mat Sabu, Chin Tong dulu rasmi projek yang digantungkah? – Najib

Aiskrim Haagen-Dazs ditarik balik KKM



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker