CEO HyperSocial muat naik gambar menangis selepas pecat pekerja

COLUMBUS, Ohio – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat pemasaran, HyperSocial di negeri Ohio berkongsi swafoto dia menangis selepas terpaksa memecat beberapa pekerjanya, lapor laman Gulf News  semalam.

CEO tersebut, Braden Wallake kemudian menggelarkan dirinya sebagai ‘The Crying CEO’  selepas status di laman Linkedln tersebut menjadi tular.

Catatan asal Wallake mempunyai lebih 30,000 tanda suka dan 5,300 komen.

Menerusi status berkenaan, Wallake berkata, dia menyayangi semua pekerjanya dan  mengaku  pemecatan tersebut adalah perkara paling sukar buat dirinya.

“Untuk menghadapi hari seperti ini,  saya berharap saya adalah seorang pemilik perniagaan yang hanya mementingkan wang dan tidak mempedulikan siapa yang disakiti dalam mengembangkan syarikat.

“Namun, itu bukan diri saya yang sebenar  dan keputusan melepaskan beberapa kakitangan HyperSocial adalah perkara paling sukar pernah saya lakukan sepanjang bergelar CEO,” tulis Wallake.

Namun begitu, tindakan Wallake memakan diri apabila dianggap sebagai strategi pemasaran murahan dan sekadar mahu memancing simpati.

HyperSocial banyak menumpukan pada strategi pemasaran dan jangkauan LinkedIn untuk pelanggannya.

Syarikat kecil itu mempunyai 15 pekerja selepas dua pekerja diberhentikan. – Agensi

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Darlene tular dipeluk dua lelaki kini bekerja di dapur, kaunter

Iman Troye lupa diri?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker