Giggs tanduk teman wanita


Giggs tanduk teman wanita

LONDON: Bekas teman wanita Ryan Giggs semalam memberitahu mahkamah dia “marasai darah” selepas pemain itu menanduknya.

Kate Greville, 38, menangis ketika memberitahu mahkamah bahawa legenda Man United: “Dia datang entah dari mana dan menanduk muka saya.

“Saya terkejut. Saya jatuh ke belakang, bibir saya terus berdarah. Saya meletakkan tangan di mulut dan saya boleh merasa darah.”

Pada hari kedua perbicaraan dakwaan melakukan serangan dihadapi Giggs, mahkamah Manchester turut diberitahu:

Dia didakwa membaling komputer riba ke kepala Kate dan berlaku pergaduhan di hotel kerana berlaku curang.

Pada malam serangan itu dilaporkan berlaku iaitu 1 November 2020, Giggs dan Kate berada bersama rakan di Hotel Stock Exchange, Manchester.

Dan pergaduhan berlaku ketika Giggs, 48, menjadi “sangat marah” apabila Kate tidak merujuknya sebagai “teman lelaki”.

“Dia berkata dia tidak mahu lagi bersama saya dan tidak mahu ada apa-apa lagi dengan saya. Saya tahu semua yang dilakukannya dan saya ada bukti buat pertama kali.

“Saya sangat kecewa ketika itu dan terus mengatakannya.” BH

Giggs tanduk teman wanita


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Emma Maembong, Shahz Jaszle kena kecam sakan menari berpelukan (Video)

Khairuddin haiwan politik, tak kenang jasa Bersatu – Sanusi

Menteri guna kereta elektrik mulai tahun depan – Tuan Ibrahim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker