Che Ta syukur Zain setia walau penyondol ada di mana-mana

Che Tak percaya penuh, tak pernah periksa telefon suami

Che Ta syukur Zain setia walau penyondol ada di mana-mana

Meledak isu penyondol membabitkan pasangan selebriti, pelakon Rozita Che Wan berpendapat memang wujud segelintir wanita yang kebulur untuk memiliki hak orang lain.

Malah ujar pemilik nama lengkapnya Rozita Abu Bakar, 51, keadaan itu boleh dikatakan menjadi lumrah bahawa golongan wanita suka melihat kaumnya sendiri jatuh dan terluka.

“Macam ni, perempuan kalau dah memang suka hak orang, gasak macam mana pun tetap nak rampas, selalunya hanya wanita yang akan menyakiti hati perempuan lain, itu saja saya boleh cakap.

“Kebanyakan orang terdekat dengan kita adalah individu yang akan merampas hak kita sebab dia tahu kehidupan, keadaan dan harta benda suami kita, jadi hati-hatilah.

“Macam saya tiada kawan perempuan, semua pondan, jangan salahkan sebelah pihak, salahkan kedua-dua. Saya sangat setuju kalau nak boikot penyondol, sesuai muka dia,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ditanya sama ada dia memeriksa telefon bimbit suaminya yang juga pelakon, Zain Saidin, aktres yang mesra disapa Che Ta itu menggeleng kepala seraya menegaskan meletakkan kepercayaan terhadap Zain Saidin.

“Saya memang percayakan Zain, begitu juga sebaliknya. Masing-masing tahu batasan sebagai individu yang sudah berkeluarga.

“Saya memang tiada masa nak periksa mesej di telefon suami, tetapi dia tahu saya akan melenting kalau dia buat yang bukan-bukan.

“Saya dah beritahu dia siap-siap, kalau ada orang sampaikan maklumat dan ‘kantoi’, maka cukuplah setakat itu, tiada penerangan yang saya akan terima,” ujarnya pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Asnaf, baru-baru ini.

Paling utama kata Che Ta, sebagai pelakon, perlu ada batasan antara heroin dan hero apatah lagi yang sudah berumah tangga supaya terbit rasa hormat, selain mengelakkan perkara tidak diingini.

Pada 9 Mac lalu, netizen kecoh apabila pelakon Aliff Aziz dan Ruhainies ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di kediaman wanita terbabit yang membawa kepada tuntutan cerai Bella Astillah pada 11 Mac lalu. K Online

Che Ta syukur Zain setia walau penyondol ada di mana-mana

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker